Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, October 8, 2009

Syukur Ya Rabb



Alhamdulillah
Syukur Ya Rabb..
kerana Engkau lah Maha Pengasih Maha Penyayang
Kau telah satukan
Awe dan Am
pada
2 Oktober 2009

Ku mohon Ya Allah..
Kau lindungilah rumahtangga kami
limpahkanlah rahmah dan maghfirahMu
satukanlah hati kami
dengan Iman dan ketaqwaan kepadaMu
amin...


Tuesday, August 25, 2009

Jemputan ke Hari Bahagia



Salam sahabat-sahabat yang disayangi.

Sudilah kiranya hadir ke majlis perkahwinan Awe 3 Oktober ni.

Majlis pernikahan akan berlangsung pada 2 Oktober 2009 di Masjid al-Faizin, Tmn Desa Jaya, Kepong, KL.
Aturcara: Solat Maghrib, Tazkirah oleh Abah, Solat Isya', Akad Nikah, Jamuan.

Sila sms nama dan alamat ke 014 222 9255 @ 013 643 1774 untuk kad jemputan.

Kehadiran dan doa daripada sahabat-sahabat pasti akan menyerikan lagi majlis Awe, InsyaAllah.

Terima Kasih :-)

Thursday, July 2, 2009

Selangkah ke Kehidupan Baru

Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar malam tadi.

Syukur ya Rabb.

Hati ni menangis kegembiraan.

Sunday, June 14, 2009

Jiwa Yang Tenang

Dah lama tak menaip.

Tak ada apa yang nak dikongsi di alam maya.

Banyak diceritakan pada yang terdekat.

Alhamdulillah, hati tenang sejak kebelakangan ni.

Syukur dengan keadaan di Sri Lanka.

Tapi sedih dengan tragedi di Narathiwat.

Ya Allah, ku pohon Kau limpahkan keamanan kepada kami. Jauhkan kami daripada kesengsaraan. Kau hancurkanlah musuh-musuhMu.


*Menanti detik itu dengan penuh pengharapan...

Saturday, June 6, 2009

Muhasabah 2009

Alhamdulillah...

kesemua yang awe harapkan akan terlaksana...

sangat gembira...

sangat bahagia...

Sunday, May 24, 2009

Sabar Mengurus Keluarga

Kelmarin (Jumaat) Awe sampai rumah hampir kol 12 malam. Petang tu ada program di ofis en.Azam. Malam pula mesyuarat di UIA. Sampai je di rumah, jian bagitahu yang Ummi ikut abah berkempen di Penang. Mungkin balik hari Sabtu atau Selasa. Abah amanahkan awe jaga adik-adik, wakilkan Abah dan Ummi ke kenduri, bawa adik-adik balik Sabak.

Hmm..sedihnya tak dapat jumpa Ummi siang tu. Sempat Awe masakkan ayam kurma untuk Ummi tengahari tu. Tak tahu la Ummi jamah ke tak.

Semalam lepas kenduri di rumah berdekatan, terus kitorang (Awe dan adik-adik) bertolak ke Sabak. Sempat gak hadir kenduri kahwin adik Ani di Sepintas. Malam tadi, Awe bawa Mak, Embah, dan adik-adik makan di pekan. Bukannya ada banyak duit pun tapi Awe fikir, itulah cara untuk eratkan hubungan keluarga.

Jian dapat SMS dari Ummi.

"Kak Awe, Ummi balik Selasa malam. Abah suruh ikut berkempen."

Kali ni sedih bukan sebab lama tak jumpa Ummi. Tapi sedih sebab takut Awe tak dapat jalankan tugas sebaik-baiknya. Sabarkah Awe melayan kerenah Amad? Sabarkah Awe menghantar dan menjemput adik-adik sekolah? Sabarkah Awe mengurus rumahtangga? Sabarkah Awe seperti Ummi sabar mengurus kami anak-anak sejak lahir?

Ini cuma tapak latihan untuk menghadapi dua minggu Ummi dan Abah tak ada nanti. Ummi dan Abah akan bertolak ke Makkah 31/5 ni bawa jemaah umrah.

Ya Allah, kurniakanku kesabaran...

Monday, May 18, 2009

Hospital oh Hospital...

Semalam teman Kak Dila (sepupu) pergi Hospital Teluk Intan. Wak Awik sedang diberi ujian yang hebat oleh Allah. Kak Dila tak dapat teman ayah nya sewaktu di operate jumaat lepas sebab sibuk dengan urusan pendaftaran sem baru di UNITAR Kelana Jaya.

Wak Pah setia menanti suami tersayang di hospital bersama si kecik Adibah, 2 tahun setengah. Syukur Adibah tak banyak meragam walaupun terpaksa bermalam di hospital selama seminggu ni dan mungkin lebih lama lagi.

Malam tadi Awe bawa balik Wak Pah ngan Adibah ke rumah Sabak Bernam. Tukar syif dengan Kak Dila ngan Yan (adik Awe). Kebetulan Yan bercuti dari UITM Sarawak dan sedang mengikuti kursus kejururawatan. Awe yang sangat takut dengan jarum dan darah terpaksa menolak dengan cara yang paling baik untuk tidak menjaga Wak Awik dan menawarkan diri menolong Wak Pah pula. Biarlah Yan jaga. Itu bidang dia.

Jam hampir memasuki 12 tengahari...baru awe tersedar akan sesuatu yang sangat penting. Ya Allah!!! Hari ni 18hb. Temujanji Awe kat Hospital Selayang!! Ya Allah...tak tau lah kenapa hati ini sangat yakin yang selasa adalah 18hb....

Tapi, kepuasan hati dapat menolong keluarga Kak Dila mengatasi kekecewaan Awe yangterlepas temujanji yang telah dibuat 4 bulan lepas...

Monday, May 4, 2009

Dua Puluh Dua


Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku rezeki hidup selama 22 tahun di atas muka bumi ini. Ya Rahim, Kau kurniakanlah keberkatan di tahun baru ku ini. Ku pohon hidayahMu untuk terus mengharungi kehidupan ini. Ya Rahman, Jadikanlah tahun baruku ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya.

p/s:- Thanks to my dear friends for the greatest birthday ever!
[Nana, Atiqah, Saadah, Muadz, Acap K, Pucip, Din, Megat, Ojan, Azizi, Safwan]

Wednesday, April 29, 2009

Falsafah Kaktus

Hidupnya di gurun.
Hanya memerlukan sedikit air untuk hidup.

Cuba kalau kita ambil falsafah tersebut dan dikaitkan dengan kehidupan kita sebagai hamba di atas muka bumi ini.

Kaktus itu adalah kita.
Gurun itu adalah dunia yang banyak fatamorgana.
Air itu adalah Quran dan Sunnah.

Kita boleh hidup dengan jayanya menghadapi keindahan fatamorgana hanya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Tiada lagi perkara lain sebagai tempat bergantung.

Falsafah ni Awe dapat dari cerita 'Aqso dan Madinah' petang tadi. hehe...

Saturday, April 25, 2009

Restu Ummi

Betapa pentingnya restu ibubapa dalam hidup ini dapat digambarkan dalam kisah berikut...

Arini adikku bersemangat nak masakkan lauk untuk makan malam.
Dah lama dia tak masuk dapur.
Aku pun tolong-tolong tengok je lah.
Kalau kacau, dia marah pulak.
Seusai sediakan bahan-bahan, dia cari blender untuk mengisar kelapa.
"Ummi, mana ye blender"
"Tula..jarang masuk dapur, memang takkan tau blender dekat mana"
"Ish, orang tanye blender katne"
"Kat tempat biasala"
"Jangan bergaduh"..aku cuba bergurau secara sinis.
Selepas berbalas beberapa kata, akhirnya jumpalah blender yang dicari adikku.
Dia meneruskan aktiviti memasak di dapur.
Sejam kemudian dia dah pun bersiap-siap untuk keluar.
"Ummi, nak g jumpa membe jap"
"Tak ada baju yang longgar sikit nak dipakai"
"Ish.."
Sememangnya adikku suka memakai pakaian yang ketat.
Sering kutegur.
Sering juga dia membuat muka atau membalas kata.
Dengan memakai pakaian yang ketat dan muka yang kelat,
adikku terus memacu kereta keluar rumah.
15 minit kemudian handphone ku berdering.
"Kak, kereta eksiden ni. Kat simpang depan rumah je. Bumper jatuh"
"Ya Allah, kenapa pulak tu"
"Ada motor langgar"
"Hah, tunggu kejap"
Terus aku menghidupkan motor.
Adikku ni...
Ummi, ampunkan dia...



Bertuah dan Nasib Baik

Kadangkala dalam kehidupan seharian, kita akan mendengar ungkapan begini...

"Bertuahnya aku harini..."

ataupun seumpama ini...

"Fuhh..Nasib baik!!..."

atau mungkin ungkapan tu keluar sendiri daripada mulut kita.

Adakah hidup ini sebuah tempat mengira nasib? Mungkin ada ungkapan menyebut 'life is a gamble'. Tapi itu salah sama sekali. Kata-kata yang wujud daripada mereka yang tidak tahu makna kehidupan dan tujuan diciptakan. Tak percayakah kita dengan qadha' dan qadar yang telah Allah tentukan sejak kita di alam roh lagi? En. Azam pernah menyebut dalam usrah GPTD, jangan sesekali kita mempersoalkan kekuasaan Allah. Allah tidak ciptakan sesuatu secara kebetulan. Semua ada hikmahnya. Allah telah merancang kehidupan ini sebaik-baiknya. Mana mungkin Allah yang Maha Berkuasa mencipta sesuatu kerana kebetulan.

Dr. Farid Shahran pernah menanyakan kami para pelajarnya di dalam kelas Islamic Worldview,
"If Allah had already determine our qadha' and qadar, what is left for us?"
Macam-macam jawapan keluar daripada kami termasuklah Awe sendiri. Hmm..Allah dah tentukan segalanya. Kita usaha macam mana pun, tapi kalau Allah dah tentukan kita gagal, nak buat macam mana? Berbaloikah usaha kita?
Akhirnya jawapan yang diberi oleh Dr Farid sangat mudah. Apa yang tinggal pada kita adalah NIAT. Niat itu menentukan segala-gala amalan kita di dunia ini. Kerana itu masyhurlah hadith Rasulullah s.a.w.

"Innamal a'maalu bin niati"


Saturday, April 18, 2009

Another Personality Test!

Awe baru je buat personality test kat link ni.
Keputusannya...hmm, quite true la...
Better check out for yourself!

Your view on yourself:

You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are not looking merely for a girl/boyfriend - you are looking for your life partner. Perhaps you should be more open-minded about who you spend time with. The person you are looking for might hide their charm under their exterior.

Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren't interested in wasting time with people you don't really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.

Your views on education
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.

Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

Dah Lambat...Ada Exam!!!

Malam tadi tidur kol 11 malam dalam keadaan kepala yang berdenyut-denyut. Adoi, sakitnya dari pagi semalam. Dah la nak menghadapi paper terakhir untuk sem ni.

Bangun pagi tadi, terkejut beruk Awe. Awe tengok lagi sekali jam tangan. Betul ke ni? 8.30??? Exam kol 9 pagi. Dah la perjalanan ke UIA dari rumah dalam 15 minit. Awe terus lari keluar bilik. Lagi sekali Awe terkejut beruk. Pukul 10?? Betul ke jam dinding ni? Jam siapa yang rosak ni sebenarnya?

Argh, tak sempat mandi ni. Terus Awe capai kunci kereta hidupkan enjin. Tengok jam kat dashboard kereta. Confirm pukul 10. Eh, bila pulak Amad naik kereta ni. Adoi, dia nak ikut pulak. Cepat-cepat Awe turunkan dia. Sekali lagi Awe masuk kereta. Dalam keadaan kelam-kabut Awe tekan minyak laju-laju. Lagi sekali Awe terkejut beruk. Ya Allah...bila pulak Amad naik balik kereta ni. Dia boleh pulak tersengih hisap puting duduk kat kerusi sebelah. Hati ni nak menangis dah. Tak sempat nak patah balik.

Awe tawakal. Kepala ni ligat fikir siapa nak jaga Amad masa Awe exam nanti. Tapi persoalan utama, boleh lagi ke Awe nak masuk dewan exam ni? Takpela..Awe redha kalau kena repeat subjek ni sem depan. Uwaaa....nak menangis. Kepala tak boleh berfikir. Terus Awe tukarkan fikiran. Berzikir sepanjang perjalanan ke UIA. Rabbi yassir walaa tu'assir...Rabbi yassir walaa tu'assir...

Tiba-tiba Awe tersentak. Ya Allah...Subhanallah...Alhamdulillah...

Awe mimpi rupa-rupanya. Awe tengok jam. Fuhh...baru je pukul 6 lebih.
Alarm belum bunyi. Sambung sikit lagilah tidur...
Tapi jantung masih berdegup kencang...

Monday, April 6, 2009

InsyaAllah Jumpa Lagi


Bik Ima dah pergi. Sedih pulak. Rindu nasihat-nasihat dia (walaupun kekadang tengah mamai bangun tido pun dia berkongsi petua). Inilah satu-satunya gambar dia yang Awe ambil masa hari terakhir dia, Awe bawa jalan-jalan naik komuter ke Midvalley. Ummi cakap, kalau nak sambung khidmat dia, kena bayar beberapa ribu ke agen. Hmm..daripada duit sebanyak tu dikeluarkan, biarlah Awe, Noa, Ama, Jida jadi bibik...urus rumahtangga.

Tapi...memang susah nak pegang buku kat rumah...final exam sekarang ni...dah seminggu lebih tak masuk hostel.

Sunday, March 29, 2009

Perubahan Seminggu

Alhamdulillah, sejak Awe didoakan oleh Bik Ima minggu lepas, hati Awe memang lebih tenang dan tak ada nak fikir perkara-perkara yang mengusutkan hati dan perasaan. Awe sedaya upaya mengamalkan pesanan-pesanan Bik Ima. Moga diri ini terus istiqamah dan Allah berikan yang terbaik untuk Awe.

Bik Ima banyak kali mengingatkan...

"Kak Awe, jodohnya sudah ada tapi belum masanya lagi. Sekarang fokus pada study dan karier. Bila karier sudah memuncak, masa itu akan ada yang betul-betul menghargai kak Awe dan dia adalah pilihan terbaik dari Allah. Kalau adik-adik Kak Awe nak kahwin dulu, biarkan..redhakan saja. Jangan marah. Ikhlaskan hati saja. InsyaAllah jodoh Kak Awe lebih baik dari adik-adik. Kak Awe putus tunang itu ada hikmahnya. Kalau Kak Awe kahwin sama dia, hati Kak Awe akan hancur dan sedih..."

Terima kasih Bik Ima atas nasihat. Tapi, bila pula Awe cerita yang Awe pernah bertunang??? Hmm...

Saturday, March 28, 2009

GPTD di Pusat Asasi UIA Nilai

Alhamdulillah, program 'Malam Pengenalan GPTD" yang dirancang berjalan dengan lancar malam tadi. Namun, terasa bersalah dengan hadirin yang menanti disebabkan kelewatan kami (Awe, K.Dyl, K.Jehan, Balqis, Nadzie, A.Akim, A.Syazni, Syah, Fahmi). Walaupun dah rancang untuk bertolak jam 5.30 petang, namun akhirnya bertolak ke Nilai dari Ampang jam 6 lebih. MRR2 yang padat dengan kenderaan melambatkan lagi perjalanan kami. Kita merancang, Allah pun merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik.

Malam tadi juga Grup Sri Lanka diberi peluang untuk berkongsi pengalaman yang diperolehi ketika mencurahkan bakti di Sri Lanka tahun lepas. Sebagai ketua grup, Awe telah berusaha menyampaikan yang terbaik di depan para hadirin walaupun ada sedikit perasaan gemuruh apatah lagi dengan kehadiran abg Jufitri (Pengerusi GPTD). Moga apa yang disampaikan malam tadi dapat diterima oleh para hadirin dan membuka minat mereka untuk sama-sama bergiat di dalam GPTD.

"Misi Rahmatan Lil 'Alamin"

Monday, March 23, 2009

Tenanglah hatiku...

"...ingatlah, hanya dengan mengingati Allah Taala, hati-hati akan menjadi tenang"
(ar-Ra'd:28)

Kisah dua bulan lepas...

"Ummi, Awe rasa nak mandi bunga lah," terpacul keluar dari bibir Awe semasa tengah memandu kereta menuju ke UIA dua bulan lepas.

Ummi berasa pelik dan tanya kenapa.

Sebenarnya, bukanlah Awe betul-betul nak pergi mandi bunga tapi sejak kebelakangan ni, hati Awe berasa tak tenang. Awe sebenarnya tak boleh lupakan kisah lama. Selalu teringat. Hati ni mesti sedih. Dan Awe akan istighfar cepat-cepat. Tapi, tak lama lepas tu, 'ditayangkan' lagi kisah-kisah lama depan mata. Semakin awe mendekatkan diri dengan Allah, semakin kuat pula ingatan ni.

Kisah semalam...

Awe bangun lewat. Penat sehari sebelumnya tak hilang lagi. Belum sempat nak masuk bilik air untuk mandi, Bik Ima (pembantu di rumah) tahan Awe. Dia tak bagi Awe mandi dulu. Terus dia bawa Awe ke dalam bilik dan dikunci pintu. "Malam tadi bibik mimpi Awe" katanya. Tapi dia tak terus ceritakan kisah mimpinya. Sebaliknya dia bacakan doa, zikir, ayat-ayat Quran dan minta Awe berselawat dan berzikir sama. Walaupun agak terkejut dan pelik, Awe turutkan je sebab Awe tau niat bibik mesti baik. Selepas selesai, dia terangkan beberapa perkara kat Awe perihal mimpi dan tindakan dia. Ada disebut tentang jodoh, perniagaan, muka dan personaliti, dan ilmu hitam.

Sebelum keluar bilik, dia minta Awe amalkan tiga perkara.
1) Sentiasa memelihara wudhu'.
2) Kalau menengok orang, jangan tengok terus ke matanya. (payah sikit ni sebab Awe memang suka bercakap sambil tengok ke mata orang).
3) Amalkan membaca majmu' syarif. (Ummi sentiasa amalkan dan Awe pernah sesekali baca)

Bibik kata ada lagi amalan-amalan lain (surah-surah dan zikir) tapi dia tak boleh nak bagi semua. Takut Awe tak sanggup, berat sangat. Bibik akan tolong amalkan. Nanti dia akan bagi sikit demi sedikit.

p/s: Bibik sebenarnya berasal dari keluarga kiyai di Bandung, Jawa Barat. Keluarganya ada membina sebuah pesantren untuk para hafiz. Walaupun nampak biasa, tapi ilmunya luar biasa. Amalan kerohaniannya tinggi. Dia boleh tau kalau kita bercakap pasal dia di luar pengetahuan dia.

Wednesday, March 18, 2009

Introduction of "With Love Bakery"


Blueberry Cheese Tart (RM1.50 sebiji)

Almond Tart (RM1.30 sebiji)

Chocolate Tart (RM1.00 sebiji)

Chocolate Cheese Cake (RM18.00 per kg)
Chocolate Cheese Muffin (RM1.00 per 50g)

Lasagnia (RM20.00 per kg)

Chocolate Chips (RM0.25 per piece)

Pizza (RM2.00 per piece of >100g)
-Cheese topping, hotdog, pineapple


Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi WITH LOVE BAKERY di awjannia@yahoo.com
*Maaf, tak dapat memaparkan no telefon atas sebab-sebab privacy

Sunday, March 1, 2009

Promosi Umrah May-Jun 2009

UMRAH BERSAMA UST. DR BADRUL AMIN BAHRON


Harga Pakej : 14H / 12M - RM 5,990 (3-4 orang sebilik)
*Tambahan RM400 untuk 2 orang sebilik.

Tarikh Berangkat : 31 May 2009 (1900 / 2220)

Tarikh Pulang : 13 Jun 2009 (0320 / 1700+1)

Penerbangan : Saudi Arabia Airlines

Penginapan Makkah : Green Palaca / Thoibah Makkah Hotel @ setaraf

Penginapan Madinah : Zuarussalam / Wasol Zahaby Group Hotel @ setaraf

Pakej Termasuk : Tiket pesawat kelas ekonomi, airport tax, penginapan, pengangkutan, makan 3x sehari, mutawwif, umrah & ziarah

Hadiah : Buku panduan umrah, beg sandang, zamzam, kursus intensif umrah

Tentatif Perjalanan :
Hari 01 - Berkumpul di KLIA. Tiba di Jeddah. Bertolak ke Madinah menaiki bas. Check-in hotel.
Hari 02 - Ziarah makam Rasulullah. Acara bebas.
Hari 03 - Melawat Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Jabal Uhud. Jika berkesempatan ke kilang mencetak al-Quran dan ladang kurma diakhiri dengan pasar kurma.
Hari 04 - Ziarah wida. Berangkat ke Mekah. Berihram di Bir Ali. Tiba di Mekah, buat umrah pertama dibimbing oleh mutawwif.
Hari 05 - Acara bebas.
Hari 06 - Melawat tempat sejarah seperti Jabal Tsur, Jabal Nur, Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, dan Mina. Bermiqat di Jaranah.
Hari 07 - Ziarah Muzium Islam, ladang unta, dan berihram di hudaibiyah.
Hari 08~12 - Acara bebas.
Hari 13 - Tawaf wida, berangkat ke airport. Jika berkesempatan, melawat ke sekitar kota Jeddah dan Laut Merah.
Hari 14 - Tiba di KLIA.

Saturday, February 28, 2009

Ujian Harta


"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah s.w.t. jualah pahala yang besar".(al-Anfal: 28)


Dengan penuh keyakinan dan keimanan Awe percaya dengan ayat suci Allah ni. Walaupun Awe tak punya harta dan tak punya anak, tapi, Awe dapat merasakan betapa hebatnya ujian Allah pada mereka yang punya salah satu daripadanya malahan lebih lagi kalau ada keduanya.

Sebenarnya, kedua-duanya menguji kesabaran, keyakinan, dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Lebih baik Awe cerita pengalaman Awe sendiri.

Cerita 1 : Kena block daripada membuat pre-reg untuk semester baru.

Awal bulan haritu banyak tertampal notis peringatan kepada para pelajar UIA untuk menyelesaikan bayaran yuran asrama untuk mengelakkan daripada tak boleh daftar subjek untuk sem akan datang. Memikirkan yang UIA hanya mengugut para pelajar, dan memikirkan pendapatan Abah yang tak seberapa sejak kebelakangan ni, Awe pun abaikan la bayar. Dipendekkan cerita, Awe tak boleh nak daftar subjek 26hb tu. "xpelah, buat manual pun ok. Tak berani nak minta duit dengan Abah. Kesian." Awe bermonolog kat sebelah Shud yang tengah sibuk memilih subjek. Balik ke hostel, Awe cerita kat rakan sebilik selepas ditanya Awe dah daftar sem ke belum. "Ish, kalau aku, da tension giler dah," dia kata. Alhamdulillah, Awe masih mampu mengawal stress.

Tapi, keesokan hari (27hb) Awe memberanikan diri untuk cerita kat Ummi. Ummi suruh balik petang tu untuk ambil duit dari Abah. Ummi yang tolong mintakan. Terima kasih Ummi, terima kasih Abah. 28hb, seawal 8.45 pagi Awe dah menunggu di luar bank untuk melunaskan yuran walaupun bank hanya akan dibuka 9.30 pagi. Tapi, Awe hanya berjaya dapat nombor yg ke 24. Selesai je urusan di bank jam 10, Awe terus ke pejabat Finance untuk release block.

Bahagian ni yang sangat sadis. Biasanya, slip bank hanya perlu diletak pada kotak disediakan. Tapi, akak tu suruh ambil nombor giliran pula. Awe patuh je. Walaupun pejabat tu sesak dengan pelajar-pelajar yang kesemuanya bermasalah dengan pendaftaran sem. "Nombor 74??? Sekarang baru 20. Aduyaii," Terkejut betul Awe tengok nombor tu.


Selepas sejam, hanya 10 nombor lepas. Suasana yang sememangnya sibuk tu tiba-tiba dikejutkan dengan suara akak yang kepenatan bertugas bertekak dengan pelajar yang stress. Awe dah mula tak tenang...kelas managerial economics jam 11.30. Awe perhati, ada pelajar-pelajar yang tak tunggu nombor dipanggil, tapi beratur je kat kaunter. "Ala, tak yah tunggu nombor, beratur je. No tu tak bergerak pun," terdengar suara-suara pelajar bercakap sesama sendiri. Tapi ramai juga yang tak sanggup untuk menunggu lantas keluar walaupun dah sejam dalam pejabat tu. Awe pun ikutlah pihak majoriti, huhu.

Beratur dekat setengah jam, akhirnya sampai di kaunter. Awe Ceritakan masalah dan tunjukkan slip bank kat akak yang bertugas. "Sis, kena ambil account statement dari kaunter tu dulu," kata akak tu sambil menunjuk ke kaunter di belakangku yang mana jumlah pelajar yang beratur sangat ramai. Hati dah mula panas, kenapalah tak maklumkan awal-awal. Sejam setengah Awe sia-sia macam tu je. Tapi Awe cuba menahan daripada meluahkan. Biarlah dalam hati je. .

Tapi, hati yang panas tadi cepat pula sejuknya. Masa tengah beratur, ada 3 orang pelajar lelaki di belakang Awe berdiskusi tentang isu politik yang melanda Perak sekarang ni. Awe pasang telinga besar-besar. Perbincangannya bagus. Tersenyum sendiri. Setengah jam berdiri, kaki terasa lenguh. Awe duduk di kerusi. Tepat pukul 12.30, seorang staf mengunci pintu untuk mengelakkan bertambahnya bilangan pelajar. Maklumlah, waktu rehat pukul satu tapi dalam pejabat tu ada dalam 30 orang pelajar.

Akhirnya, urusan selesai tepat pukul satu. Kelas terlepas. Perut lapar. Hati suam-suam kuku. Huhu...

Persoalannya, adakah Awe berjaya melepasi ujian kesabaran yang diberi? Itu sikit je kalau nak dibandingkan dengan insan-insan lain.

(Terima kasih Kak Dyl kerana mengekalkan kesabaran Awe)

~Cerita hal anak bersambung di entri akan datang...



Perasaan Yang Pelik

Pernah tak, dalam situasi yang normal, tiba-tiba hati terasa rindu sangat. Tapi, tak tau rindu kat siapa.

Ataupun...


Pernah tak, dalam situasi yang normal, tiba-tiba hati terasa sedih sangat. Tapi, tak tau sedih pasal apa. Masalahnya, sedih tu sampai mengalir air mata.


Kenapa ya?


Ada tak
psychologist ataupun scientist yang boleh tolong terangkan???

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamaMu dan mentaatiMu"

BisikanRahsiaDotCom

Nantikan kemunculannya!

~Towards achieving my 2009 mission!

Sunday, February 22, 2009

Sepetang Dengan Abah

Abah jarang ada di rumah. Kebetulan hari ni abah tak ada program dari pagi...hari minggu. Waktu makan tengahari, Awe tiba-tiba dapat ilham untuk ajak abah pergi memancing di taman metropolitan. Sebab tengahari tadi balik dari mesyuarat grup Sri Lanka, nampak ramai orang memancing kat tasik taman tu. Teringat yang abah pernah kata teringin memancing kat situ.

Respon yang dibalas positif.
"Siap-siap, lepas zohor kita pergi".
Orait, best ni!

Lepas zohor, Abah kumpul semua kelengkapan memancing dan kitorang terus ke taman... Abah, Awe, Jida.

Sejam menunggu...tak ada ikan.



Lepas satu setengah jam...gerimis pula.



Lepas dua jam...aduyai...lebat!!



Tapi Abah tetap bertahan walaupun seekor ikan pun tak berjaya ditangkap lagi.

Akhirnya, Abah mengalah lepas tiga jam. Badan kesejukan, kuyup, ikan pun tak dapat.

On top of that, Awe sangat puas hati dapat luangkan masa dengan Abah.

Saturday, February 21, 2009

Happy Birthday Jida!

Sempena hari jadi Jida yang ke-11, 18 Feb lepas, Awe dan Kak Ida sempat merakam sebuah dedikasi khas untuk Jida. (Nak beli hadiah tak ada duit..huhu)

video

Saturday, February 14, 2009

Padaidik Padaelok!

"PADAIDIK PADAELOK"

Perkataan Bugis yang membawa maksud "SESAMA KITA BERBAIKLAH". Digunakan untuk menunjukkan semangat setiakawan yang tersemai dalam diri orang-orang Bugis.

Blog ini mengajak semua (Bugis dan bukan Bugis) untuk bersama-sama meneroka dunia Bugis yang tercatit dalam sejarah Melayu sebagai sebuah Bangsa yang berani... Salaamak! Salaamak!

Gemstones


-Batu-batu cantik dijadikan gelang. Sedia untuk dijual!


Pelbagai jenis batu, dengan beraneka saiz, bentuk, dan harga!


Awe sekarang tengah berjinak-jinak dengan gemstones/batu kristal. Sebenarnya, batu-batu ni dah lama ada kat rumah. Dulu Ummi giat berniaga gemstones. Tp, sejak 2, 3 tahun lepas, dia sibuk menguruskan syarikat keluarga yang masih 'bertatih' dalam bidang perniagaan produk kesihatan. Awe pun dah lama tak berniaga ni. Bolehlah nak 'test power' dulu.

Sedikit fakta tentang gemstones;

Kristal adalah sejenis campuran batu asli dan logam berumur jutaan tahun. Ianya mempunyai struktur dalaman yang teratur, unik, dan sempurna dengan pelbagai warna dan bentuk yang menakjubkan.
Firman Allah s.w.t. -
"...dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta
lorong-lorong putih, merah yang berlainan warnanya tua dan muda,
dan ada juga yang hitam legam..." (Fatir:27)

Setiap kristal ada elektro beredar ke satu arah yang menjana kuasadan boleh dirasai getarannya melalui sentuhan. Tenaga getaran itu boleh memperkuatkan dalam sistem komputer, teknologi komunikasi, dan teknologi laser.

Tapi, yang paling 'best' adalah ia boleh menguatkan medan elektromagnetik manusia dan aura yang telah dikurniakan kepada setiap manusia dan seterusnya boleh membantu dalam proses penyembuhan beberapa penyakit fizikal dan mental.

Jadi, kalau berminat dengan gemstones ni untuk dijadikan sebagai ikhtiar penyembuh penyakit, boleh lah berhubung terus dengan Awe.

Harganya bergantung kepada jenis batu kristal (di antara RM1 - RM10 sebiji) dan berapa banyak batu digunakan untuk membuat satu gelang.

Friday, January 30, 2009

Kenali Diri Melalui Graphology

Graphology=Kajian Grapho ertinya tulisan, Logy ertinya bidang ilmu. Jadi Graphology bermaksud Bidang Ilmu tentang Tulisan. Berikut kajian tentang tulisan yang dijalankan oleh pakar motivasi yang tidak asing lagi iaitu Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah. Meh kita tengok..

Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : - Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup… Amin

p/s: Awe nye tulisan...ringan, tajam, campur-campur, kekadang jarang kekadang rapat, ada ekor, dan palang T kat tengah-tengah.

Pakguard, Saman Je Diorang!

Kenapa ilmu payah nak masuk dalam kepala eh?

Dalam kelas, duduk di barisan paling depan. Lepas baca al-fatihah, selawat dan doa, fokus diberikan sepenuhnya kepada pensyarah. Kawan di sebelah kanan dan kiri tidak dipedulikan. Segala kemusykilan, langsung dilontarkan untuk diterangkan dengan lebih lanjut oleh pensyarah. Tapi, saat berhadapan dengan soalan-soalan kuiz atau peperiksaan, masa tu lah baru tau sejauh mana ilmu yang dipelajari masuk dalam kepala.

Kelazimannya.... Habis baca soalan, mata beralih ke sudut yang lain, dahi berkerut, pen diketuk-ketuk atas meja, nafas ditarik dalam-dalam, kepala ligat berpusing mengingatkan apa yang telah dipelajari...tak ingat jugak...selawat dibaca berulang-kali, dahi makin berkerut...arghh, stress!!

Kesudahannya, terhasillah teori-teori baru dan formula-formula yang lebih canggih oleh sang pelajar.

Bila keputusan diumumkan, majoriti membuat kesimpulan dan pengajaran yang sama..."Aku kurang study, lepas ni kena lipatgandakan usaha".

Tapi, sangat sedikit yang berfikiran..."Hati aku gelap, maksiat banyak, ilmu tak masuk, aku kena cuci balik hati ni".

Ada di kalangan kita yang sentiasa berusaha untuk mencuci hati tapi disebaliknya, ada dikalangan kita yang menghalang proses penyucian hati tu. Contoh yang paling ketara Awe nak tunjuk ialah di dalam fakulti Awe sendiri. Kalau diperhati sekarang ni, sisters makin galak berpakaian yang bagi Awe...'tak bertamadun'. Aduyaiii...pelik sungguh. Fesyen karut mana lah yang diorang ni ikut. Macam mana lah kita nak fokus dalam kelas bila ada anasir-anasir yang sebegini mengganggu ketenangan jiwa. Kesianla kat yang 'menonton' diorang ni, buat tambah dosa kering je. Kalau ye pun tak boleh sangat nak patuh kat 'IIUM Dress Code', cuba lah patuh kat 'Islam Dress Code'.

p/s: Awe lagi suka kalau pakguard sentiasa meronda sambil pegang buku saman kat fakulti KENMS tu.

Tuesday, January 27, 2009

Malam Prihatin Palestin


25 Jan 2009, Petaling Jaya- Awe dan keluarga telah menghadirkan diri ke Malam Prihatin Palestin anjuran kerajaan Negeri Selangor dan Yayasan Amal Malaysia. Majlis diserikan dengan persembahan Rabbani, Yassin dan Akbar. Tan Sri Khalid telah menyebutkan di dalam ucapannya bahawa sesiapa yang mempunyai kepakaran tertentu dan ingin berkhidmat di bumi Palestin, kerajaan Negeri Selangor akan membiayainya 100% (Ayuh kita berjuang!). Pidato daripada Dato' Seri Anwar Ibrahim membuatkan para hadirin terpaku sebentar dan sarat dengan info-info yang hebat.

(p/s: ala-ala berita akhbar)

Family Day Alumni SRI Al-Huda

Alhamdulillah, Hari Keluarga yang Awe dan sahabat-sahabat rancang berjalan lancar walaupun sibuk dengan kempen pilihanraya. Bukan senang nak kumpul sahabat-sahabat Alumni Sri al-Huda yang masing-masing dah punya komitmen sendiri. Walaupun tak ramai, tapi tetap meriah.

Habis ayam 8 ekor!!!


Bersedia nak mengerjakan buah-buah yang tergantung!


Sesi taaruf dikendali oleh Encik Dollah

Friday, January 23, 2009

Shod Ba Ro

Sepanjang sesi pilihanraya berlangsung, Awe sentiasa sematkan dalam fikiran supaya redha menerima apa saja keputusan di akhir nanti. Alhamdulillah, Awe dapat meenrima dengan hati yang terbuka sewaktu keputusan diumumkan. Apa yang membuatkan Awe berasa lebih tenang ialah Awe kalah bermaruah. Awe langsung tidak menggunakan taktik kotor dan Awe sentiasa menjadi diri sendiri.

Sejam sebelum sesi mengundi ditutup, Abg Saifullah menyerahkan sekeping risalah kepada kami (Awe, Atiqah, K.Fa, K.Dyl) yang sedang duduk di sebelah General Lab. Risalah yang bertujuan mengaibkan nama buruk PKPIM dan ABIM itu rupanya telah tersebar sejak seminggu yang lalu. Awe tak nak komen apa-apa pasal risalah tu. Awe cuma berdoa semoga Allah mengampunkan dosa orang yang menaip dan bersekongkol dalam menyebarkan risalah itu. Satu je pesanan Awe buat sahabat-sahabat sekalian..."Shod Ba Ro".

PRK IIUM - My Diary


1) Mengisi borang pencalonan.



2) Senarai nama yang layak untuk bertanding.



3) Pengumuman senarai bantahan dan mereka yang menarik diri.



4) Hari mengundi. (Gambar-gambar semasa berkempen tiada dalam simpanan sendiri)



5) Sejurus selepas pengumuman. Abg Saifullah mengoyakkan risalah-risalah fitnah dihadapan ahli-ahli WUFI disaksikan Dato' Hamidon dan pegawai-pegawai pilihanraya.

Saturday, January 17, 2009

Siapa Ni??

Telefon di sebelah komputer ni berbunyi. Terus awe angkat.

"Hello, Assalamualaikum."


"Wa'alaikumsalam. Ummi ada?"

"Ummi takda, dia keluar."

"Dia pergi mana, Awe?"

"Siapa ni?"

"Takpe lah. Terima kasih."

Talian diputuskan.

Ish...wujud lagi pemanggil misteri ni. Siapa dia ni? Macam mana dia boleh kenal Awe? boleh cam suara Awe? Tapi kitorang satu rumah ni tak tau langsung siapa dia. Seramnya...

Friday, January 16, 2009

Air takde??? Alahai...

"Eh, kena tadah air cepat. Katanya, takda air nanti" Begitulah kata-kata cemas daripada akak sebilik dua hari lepas.
Air dijangka tiada. Ini disebabkan tumpahan minyak ke dalam Sungai Gombak. Manusia. Ada yang masih tak sedar tanggungjawabnya kepada alam sekitar.
Tapi, semua ada hikmahnya, alhamdulillah. Rektor memberi arahan agar semua kelas ditunda dan UIA diberi cuti sehingga hari Ahad. Disebabkan itu, pilihanraya juga ditangguhkan pada hari khamis minggu depan. Sykur sangat. Bolehlah berkempen dengan efektif nanti.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

Tuesday, January 13, 2009

Bukan Kemenangan Yang Diimpikan


Alhamdulillah, semalam Awe dah selesai menjalani "Interview Session With the Deans" dan "English Proficiency Test". Tiga orang dekan telah memberikan satu soalan setiap seorang kepada Awe dan dua orang lagi calon. Why do you want to be an SRC? What are the welfare issues that you want to bring? What is your vision of becoming an SRC? Ketiga-tiga soalan dijawab berdasarkan pengalaman dua tahun belajar di UIA dan pengalaman menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Visi yang Awe cuba nak bawa adalah 'kecemerlangan akademik seiring dengan kecemerlangan sahsiah'. Ilham ni tercetus sejak sekian lama, ditambah pula dengan pengisian-pengisian ceramah Abah sejak kebelakangan ini yang menekankan kepentingan Ilmu dan penghayatannya. Kita tak nak UIA menghasilkan graduan yang 'A' akademiknya tapi tak hormat ibubapa, tak berakhlak, tak nak menyumbang kepada pembangunan Ummah, cenderung kepada kemaksiatan, dan sebagainya. Comprehensive Excellence. Itulah target Awe.

Sejak Awe maklumkan pada sahabt-sahabat yang Awe masuk bertanding, macam-macam respon diorang bagi. "Wah, bakat menurun ni". "InsyaAllah, ain mesti menang". "Bagus, kitorang sokong". Tapi ada juga "Awe confirm kalah". Awe sebenarnya tak kisah pun menang atau kalah. Walau bagaimanapun, terima kasih yang menyokong dan mendoakan. Tapi, Awe sendiri berdoa supaya Allah berikan yang terbaik. Kalau kemenangan itu menjadikan Awe seorang yang teruk sebagai seorang insan dan hamba, Awe tak nak menang. Kalau kekalahan itu menghindarkan Awe dari keburukan, Awe redha menerima kekalahan.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Doakan yang terbaik untuk Awe!!!

Sunday, January 11, 2009

Januari 2009 Yang Mendebarkan

"Maybe this is my starting point for a better me", demikian Awe luahkan pada seorang sahabat saat Awe bagitau dia Awe akan bertanding dalam pilihanraya kampus 19hb ni. Awe tak pernah terfikir akan bertanding untuk menjadi SRC tapi berkat sokongan dan dorongan sahabat-sahabat PKPIM dan GPTD, Awe terasa ada kekuatan dan diamanahkan untuk bertanding menjadi 'wakil rakyat' KENMS. Awe berharap ini akan jadi momentum untuk Awe menjadi insan yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Akan adakah insan yang yakin Awe dapat memikul tanggungjawab ini lantas mengundi Awe?

Dalam kesibukan menjelang pilihanraya, Awe sebenarnya agak risau menanti 20hb. Temujanji dengan doktor di Hospital Selayang. Kali terakhir jumpa, hampir 4 atau 5 bulan lepas. Awe sendiri tak ingat. Bila Awe muhasabah balik, Awe merasakan ini adalah ujian Allah, tentu sekali untuk menghapus dosa-dosa kecil, dan mungkin kerana kurang menjaga kesihatan diri. Semoga Awe menjadi insan yang sentiasa bersyukur dan redha atas ketentuannya.

Friday, January 9, 2009

Pening Dengan 'Cinta'

Setelah hampir berbulan-bulan menunggu, akhirnya, dapat gak buku "Aku Terima Nikahnya" daripada Jalil, sahabat baik yang kini bertugas sebagai KAGAT di pos Miri, Sarawak. Ingat lagi dia beberapa kali pesan kat Awe,"Ko jangan nak terima mana-mana pinangan selagi ko tak baca buku tu". Awe patuh pesanan dia walaupun memang ade orang cuba masuk 'line'.

Awe baru baca beberapa bab. Tapi, banyak benda yang buat awe berfikir semula tentang 'perkahwinan'. Tapi Awe masih konfius bab "cinta vs CINTA". Awe masih tak dapat faham apa maksud cinta sebenarnya. Macam mana nak tau itu cinta? Kekadang bila Awe terfikir untuk bersuami, fikiran Awe akan terbantut sebab Awe tak boleh huraikan sendiri perkara berkaitan cinta dan perkahwinan. Sebenarnya, Awe pun tak boleh nak luahkan ape yang Awe fikirkan pasal cinta sebab Awe tak tau apa yang Awe fikirkan. Pening la...

Awe harap buku tu nanti akan dapat menyelesaikan kekusutan kepala.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...