Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, January 30, 2012

Harus Masuk Gear 5 Minggu Ni!!!

Bulan ni awe sangat sibuk. Siang hari akan diisi dengan aktiviti 'bergaduh' dengan aisya, hantar coklat yang ditempah customer, kemas-kemas rumah yang tak pernah nak kemas nye, basuh baju berbakul-bakul....(and the list never ends...). Malam pula, bila anak-anak dah tidur baru lah boleh mula siapkan tempahan coklat customer, menghadap laptop, update stok keluar masuk produk. Ditambah lagi dengan pergi Kelab Nutrisi setiap Jumaat, dan program Herbalife setiap minggu....phewww!

Badan yang nak demam pun tak jadi nak demam sebab banyak sangat perkara nak diuruskan...huhu..

Hari ni, 30 Januari 2012, nak muhasabah balik progress hidup sepanjang bulan ni....
Alhamdulillah, kelmarin genap sebulan Awe mendaftar sebagai Herbalife Independent Distributor. Malam tadi awe buat kira-kira balik untung/rugi bisnes ni. Syukur, Awe dah untung lebih RM1000.....syukur sangat-sangat! Sebelum ni awe ada bagitau dengan abang mail (Ismail Jaafar), sponsor awe, yang kalau boleh awe nak peroleh pendapatan minimum RM2000 sebulan dengan herbalife. Alhamdulillah, awe da capai separuh target awe pada bulan pertama ni!

Bisnes coklat dan kek pun boleh tahan gak panasnya. Selepas awe buat promosi tahun baru 2012 dalam blog, banyak juga tempahan diterima. Minggu ni awe kena siapkan 700 biji oreochoc, dan 500 biji lollichoc. Moga Allah permudahkan urusanku.

Minggu ni juga awe jadi Assistant Coach kepada abg mail. Awe nak cari orang yang nak kuruskan badan jadi slim (macam awe?? hehe) untuk join My Weight Solution Contest yang akan diadakan sepanjang Februari nanti. Hadiahnya lumayan tu....RM1000!!!!

Oklah, dah pukul 2 petang ni. Nak solat dan sambung buat coklat! Yok!

Saturday, January 28, 2012

Yok 'Slim'kan Badan!

Alhamdulillah, tadi pagi awe berjaya melayakkan diri untuk menjadi wellness assistant coach. Apakah bidang tugasnya? Oh, mudah saja. Cuma cari kenalan-kenalan, family atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menurunkan berat badan. Setiap bulan kelab nutrisi ada buat My Weight Solution Competition. Jadi, sekarang ni dah mula pencarian peserta-peserta untuk pertandingan bulan Februari. Hadiahnya lumayan tu...! Jadi kurus je boleh dapat RM1000 untuk juara. Masyukk...tapi awe ni da slim, tak boleh la nak masuk kejar duit seribu tu....hehe

Oh ya, lupa nak bagitau. Awe sekarang buat kerja sambilan dengan Herbalife! =)
Kalau ada yang nak join pertandingan ni, boleh la tinggalkan komen ye kat bawah ni. Tarikh tutupnya 4 Februari.

oh, ni awe nak share sikit iklan contest ni..

MWS- "My Weight Solution" Contest

MWS Contest is a weight lose contest specially designed for customers who intend to be disciplined in losing weight, looking and feeling good about themselves. Our objective is also to help people inculcate a healthy eating habit with an ultimate goal of living a healthier lifestyle.

This is your chance to lose weight and WIN $$$$.
It is a 4 week contest with official weigh in on the 1st, 2nd or 3rd and 4th week of the contest.
Only contestants with Body Mass Index (BMI) above 23 can qualify to participate in the contest.
During the contest period each contestant will be assigned a personal coach to guide them on the best possible way to achieve a proper weight loss using our products.

Winners will be judged based on their percentage body weight loss. The highest percentage body weight loss obtained on the final day of weigh in will be judged as the winner. Terms & conditions of the contest apply.

2012...Kisah Kami BerEmpat!

Subhanallah, sekejap je masa berlalu. Dah setahun awe tak post apa-apa dalam blog ni. SETAHUN! Cuba tengok tarikh post awe yang terakhir.....20 Januari 2011. Hari ni dah 28 Januari 2012!

Selamat Tahun Baru! hehe, walaupun lambat 28 hari mengucapkan selamat, tapi tak pernah ada istilah 'lambat' untuk memulakan hidup yang baru, menanam azam yang baru, mengejar impian yang baru. Betul tak??

Sebut pasal 'baru-baru' ni, Alhamdulillah, kami dah bertambah ahli keluarga yang baru! Alyaa Zulfa selamat dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada 7 November 2011 (7eleven..hehe).

Inilah gambar terkini kami yang diambil dengan pengantin baru, Fifi & suami. Tahniah sahabatku!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...