Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, February 28, 2009

Ujian Harta


"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah s.w.t. jualah pahala yang besar".(al-Anfal: 28)


Dengan penuh keyakinan dan keimanan Awe percaya dengan ayat suci Allah ni. Walaupun Awe tak punya harta dan tak punya anak, tapi, Awe dapat merasakan betapa hebatnya ujian Allah pada mereka yang punya salah satu daripadanya malahan lebih lagi kalau ada keduanya.

Sebenarnya, kedua-duanya menguji kesabaran, keyakinan, dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Lebih baik Awe cerita pengalaman Awe sendiri.

Cerita 1 : Kena block daripada membuat pre-reg untuk semester baru.

Awal bulan haritu banyak tertampal notis peringatan kepada para pelajar UIA untuk menyelesaikan bayaran yuran asrama untuk mengelakkan daripada tak boleh daftar subjek untuk sem akan datang. Memikirkan yang UIA hanya mengugut para pelajar, dan memikirkan pendapatan Abah yang tak seberapa sejak kebelakangan ni, Awe pun abaikan la bayar. Dipendekkan cerita, Awe tak boleh nak daftar subjek 26hb tu. "xpelah, buat manual pun ok. Tak berani nak minta duit dengan Abah. Kesian." Awe bermonolog kat sebelah Shud yang tengah sibuk memilih subjek. Balik ke hostel, Awe cerita kat rakan sebilik selepas ditanya Awe dah daftar sem ke belum. "Ish, kalau aku, da tension giler dah," dia kata. Alhamdulillah, Awe masih mampu mengawal stress.

Tapi, keesokan hari (27hb) Awe memberanikan diri untuk cerita kat Ummi. Ummi suruh balik petang tu untuk ambil duit dari Abah. Ummi yang tolong mintakan. Terima kasih Ummi, terima kasih Abah. 28hb, seawal 8.45 pagi Awe dah menunggu di luar bank untuk melunaskan yuran walaupun bank hanya akan dibuka 9.30 pagi. Tapi, Awe hanya berjaya dapat nombor yg ke 24. Selesai je urusan di bank jam 10, Awe terus ke pejabat Finance untuk release block.

Bahagian ni yang sangat sadis. Biasanya, slip bank hanya perlu diletak pada kotak disediakan. Tapi, akak tu suruh ambil nombor giliran pula. Awe patuh je. Walaupun pejabat tu sesak dengan pelajar-pelajar yang kesemuanya bermasalah dengan pendaftaran sem. "Nombor 74??? Sekarang baru 20. Aduyaii," Terkejut betul Awe tengok nombor tu.


Selepas sejam, hanya 10 nombor lepas. Suasana yang sememangnya sibuk tu tiba-tiba dikejutkan dengan suara akak yang kepenatan bertugas bertekak dengan pelajar yang stress. Awe dah mula tak tenang...kelas managerial economics jam 11.30. Awe perhati, ada pelajar-pelajar yang tak tunggu nombor dipanggil, tapi beratur je kat kaunter. "Ala, tak yah tunggu nombor, beratur je. No tu tak bergerak pun," terdengar suara-suara pelajar bercakap sesama sendiri. Tapi ramai juga yang tak sanggup untuk menunggu lantas keluar walaupun dah sejam dalam pejabat tu. Awe pun ikutlah pihak majoriti, huhu.

Beratur dekat setengah jam, akhirnya sampai di kaunter. Awe Ceritakan masalah dan tunjukkan slip bank kat akak yang bertugas. "Sis, kena ambil account statement dari kaunter tu dulu," kata akak tu sambil menunjuk ke kaunter di belakangku yang mana jumlah pelajar yang beratur sangat ramai. Hati dah mula panas, kenapalah tak maklumkan awal-awal. Sejam setengah Awe sia-sia macam tu je. Tapi Awe cuba menahan daripada meluahkan. Biarlah dalam hati je. .

Tapi, hati yang panas tadi cepat pula sejuknya. Masa tengah beratur, ada 3 orang pelajar lelaki di belakang Awe berdiskusi tentang isu politik yang melanda Perak sekarang ni. Awe pasang telinga besar-besar. Perbincangannya bagus. Tersenyum sendiri. Setengah jam berdiri, kaki terasa lenguh. Awe duduk di kerusi. Tepat pukul 12.30, seorang staf mengunci pintu untuk mengelakkan bertambahnya bilangan pelajar. Maklumlah, waktu rehat pukul satu tapi dalam pejabat tu ada dalam 30 orang pelajar.

Akhirnya, urusan selesai tepat pukul satu. Kelas terlepas. Perut lapar. Hati suam-suam kuku. Huhu...

Persoalannya, adakah Awe berjaya melepasi ujian kesabaran yang diberi? Itu sikit je kalau nak dibandingkan dengan insan-insan lain.

(Terima kasih Kak Dyl kerana mengekalkan kesabaran Awe)

~Cerita hal anak bersambung di entri akan datang...



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...