Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 28, 2008

Ya Allah, Kurniakanku Ketabahan Ummi

Sejam yang lepas, Ummi memberitahu sesuatu yang sangat memeranjatkan dan menyedihkan.
Air mata Awe tahan saat duduk bersandar di dinding sebelah Ummi. Masuk je waktu maghrib, Awe terus bangun menuju ke bilik untuk menunaikan kewajipan. Air mata tak terbendung, Awe biar mengalir. Ya Allah, macam mana Ummi boleh ceritakan semua tu tadi dengan tenang? Sedangkan Awe pun tidak setabah itu.

Ya Allah..tabahkanlah hatiku, kuatkanlah semangatku, tenangkanlah hatiku...

Saturday, October 25, 2008

Hidayah itu Bukan Milikku

Awe sayang adik-adik Awe. Noa. Jian. Ama. Jida. Semua perempuan. Awe selalu berdoa...

Ya Allah, jauhkan kami daripada maksiat.
Ya Allah, satukan hati kami.
Ya Allah, jadikan aku kakak yang baik.
Ya Allah, jauhkan kami daripada segala fitnah.
Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami.

Tak cukup dengan hanya berdoa. Awe selalu ajak adik-adik Awe ikut usrah-usrah, program-program GPTD, PKPIM, ABIM dengan harapan mereka tidak akan terpengaruh dengan budaya-budaya sesat yang semakin menular di kalangan anak-anak muda. Tapi, Awe hanya berjaya membentuk sedikit fikrah Jida yang baru berusia 10 tahun. Alhamdulillah, dia berminat dengan apa yang disampaikan kepadanya di dalam program-program yang diikuti. Semoga dia jadi insan yang berguna kepada masyarakat pada masa akan datang.

Ya Allah, Kau berilah petunjukMu kepadaku dan kepada adik-adikku. Tetapkanlah hati kami dalam mentaatiMu. Janganlah Kau bolak-balikkan hati kami.

Inikah UjianMu?

Kurang tiga minggu je lagi tarikh berangkat ke Sri Lanka. Tapi, duit di tangan tak sampai RM500 pun. Risau sangat. Saat ini, pengharapan hanya diletakkan pada Yang Maha Memberi Rezeki. Pelbagai usaha untuk mengumpul dana telah dilakukan. Mungkin belum mencapai tahap optimum. Awe sesekali takkan berputus asa. Andai ditakdirkan Misi ke Sri Lanka ini ditundakan lagi buat kali ke tiga, awe redha. Awe merasakan yang Allah sedang menguji ketaqwaan dan keyakinan kami berenam. Awe teringat ayat seorang senior di GPTD yang juga pernah melalui ujian macam ini, "Mungkin Tuan punya duit belum nak bagi duitNya". Ya....Tuan punya duit tu adalah ALLAH. Mungkin sebelum ini awe sangat kedekut dan berkira untuk membantu mereka yang memerlukan. What goes around, comes around.Mungkin juga, Awe belum cukup bersedia untuk menjadi agen penyebar risalah Islam kerana nilai moral dan akhlak yang kurang, kerana terlalu mengendahkan dosa-dosa kecil, kerana...kerana...dan kerana. Ya Allah, terasa diri ini sangat tidak layak. Ku mohon petunjuk dan pembantuMu.

Wednesday, October 22, 2008

Kau Ilhamku

Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah
Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan
Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...