Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 13, 2009

Bukan Kemenangan Yang Diimpikan


Alhamdulillah, semalam Awe dah selesai menjalani "Interview Session With the Deans" dan "English Proficiency Test". Tiga orang dekan telah memberikan satu soalan setiap seorang kepada Awe dan dua orang lagi calon. Why do you want to be an SRC? What are the welfare issues that you want to bring? What is your vision of becoming an SRC? Ketiga-tiga soalan dijawab berdasarkan pengalaman dua tahun belajar di UIA dan pengalaman menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Visi yang Awe cuba nak bawa adalah 'kecemerlangan akademik seiring dengan kecemerlangan sahsiah'. Ilham ni tercetus sejak sekian lama, ditambah pula dengan pengisian-pengisian ceramah Abah sejak kebelakangan ini yang menekankan kepentingan Ilmu dan penghayatannya. Kita tak nak UIA menghasilkan graduan yang 'A' akademiknya tapi tak hormat ibubapa, tak berakhlak, tak nak menyumbang kepada pembangunan Ummah, cenderung kepada kemaksiatan, dan sebagainya. Comprehensive Excellence. Itulah target Awe.

Sejak Awe maklumkan pada sahabt-sahabat yang Awe masuk bertanding, macam-macam respon diorang bagi. "Wah, bakat menurun ni". "InsyaAllah, ain mesti menang". "Bagus, kitorang sokong". Tapi ada juga "Awe confirm kalah". Awe sebenarnya tak kisah pun menang atau kalah. Walau bagaimanapun, terima kasih yang menyokong dan mendoakan. Tapi, Awe sendiri berdoa supaya Allah berikan yang terbaik. Kalau kemenangan itu menjadikan Awe seorang yang teruk sebagai seorang insan dan hamba, Awe tak nak menang. Kalau kekalahan itu menghindarkan Awe dari keburukan, Awe redha menerima kekalahan.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Doakan yang terbaik untuk Awe!!!

6 comments:

Sahalfikri said...

Jangan takut Awe.. pengalaman sgt berharga melalui suka duka bertanding ini. sangat mengajar erti persahabatan dan kehidupan.

Abang doakan kejayaan Awe. Allah tahu yang terbaik. Kita orang dakwah tak mengharap pada manusia bukan?

p/s: abg bertanding 2 kali dan kalah dalam kedua2nya tapi sangat bersyukur dgn kekalahan tu

Ahmad Izzat Bin Atan said...

salam. awe. cuba yang terbaik utk PRK. JAngan luntur semangat k.. Semua sahabat2 akakn menolongmu..

3p4h said...

All da besh d sana...

Kami di sini pun ada wakilnya utk SRC, abg Firdaus...

Moga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

ilham nur said...

good luck awe!!!!!!!!

mata_bisikanrahsia said...

To ezham: Syukran...

To Epah: Thanks. Moga urusan kita semua dpermudahkn.

To Ijat: InsyaAllah, dgn sokongan dr shbt2, awe xkn luntur smgt..

Tu abg suhail: Thanx. Org senior, mesti la byk pengalaman. Bole la kongsi tips berharga...

alif zai mim ra said...

semoga Allah sentiasa bersama kita. all the best awe! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...