Alarm handphone berbunyi tepat jam 5 pagi. Sahur. Hari ni hari ke 7 puasa. Alhamdulillah...dapat gak jumpa lagi dengan Ramadhan tahun ni. Seperti biasa, awe matikan alarm pastu cek ada mesej masuk ke tak. Hmm...ada satu. Sape lah agaknya mesej lewat pagi sebab malam tadi awe tidur kol 1 (layan pardes..huhu). Bila tengok je nombor yang keluar...arghh, dia lagi..apa yang dia nak. Awe baca beberapa perkataan pertama je. Delete....puas.
Tapi ada sesuatu yang dia tulis dalam mesej tu yang buat awe teringat yang tarikh hari ni, 7 sept, genap setahun pengalaman awe bertunang. Hubungan yang bertahan dengan perasaan sedih, sakit hati, meluat, bosan, menyampah, dan secebis sayang, akhirnya putus 3 Februari lepas. Kenapa putus? Tak nak lah awe tulis kat sini. Awe tak nak ingatkan. Biarlah perkara lepas jadi pengajaran dan pengalaman untuk awe. Semua perkara menyakitkan yang dia buat kat awe, dah pun awe maafkan. Semua kenangan pahit dengan dia, sedaya mungkin awe cuba hilangkan dari kepala. Setiap hari awe berdoa semoga Allah ampunkan dosa2 awe, tenangkan hati awe, dan kurniakan awe suami yang soleh.
Banyak pengajaran awe dapat dari pengalaman bertunang. Betullah apa yang orang cakap, tempoh bertunang adalah waktu terbaik untuk kita mengenali bakal pasangan kita. Masa tu lah masing-masing akan tunjukkan sifat dan perangai sebenar, terutama kepada yang hipokrit. Sebab tu lah awe tak percaya dengan istilah 'pakwe-makwe' atau 'couple'. Pendirian awe, “sape nak, masuk minang”. Awe tak pernah fikirkan ciri-ciri yang perlu ada kat calon suami. Cukuplah 4 perkara asas yang Nabi sebut tu.
Dalam tempoh bertunang tu pun, awe lebih mula mengenali diri sendiri dan mematangkan diri. Awe tak suka nak besar-besarkan hal yang remeh. Walaupun ada benda yang awe tak senang, awe lebih suka diamkan dan cuba berfikiran positif yang perkara tu akan jadi lebih baik nanti. Walaupun orang tanya apa masalah awe, awe takkan sebut sebab benda tu berkaitan dengan yang bertanya dan awe tak nak dia terguris atau melenting. Awe sememangnya sangat sensitif bila ada orang lelaki tinggikan suara dengan awe. Mesti mengalir air mata ni. Paling minimum pun, awe akan pendam. Dan awe sangat terbiasa dengan memendamkan kebanyakan perkara. Yang bahaya nya, bila terjadi nya sesuatu yang melampau dan tak tertanggung, confirm meletup semua benda yang awe dah pendam. Itulah yang terjadi dalam pertunangan awe.
I do not regret being engaged but I regret with all the things happened within the engagement and I also regret for not being able to change things to make them better. I am not even sad when it ends or sad of losing him but I am sad because I feel an emptiness in my life. I just feel like I need someone, no specific person, just someone who can be the one whom i will devote all my life for him. But how am I to know HE is the one???
2 comments:
salam.
Awe, setiap yang berlaku pasti ada kebaikan di sebaliknya. kadang - kadang kita tak sangka benda yang kita tak mahu jadi tu terjadi. mungkin itu yang paling baik Allah aturkan untuk Awe.
Salam Ramadhan 1429. Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang tinggi sabarnya.
btul tu wanie..mne tau 1 hari nnt awe dpt hubby yg hensem+beriman+bertanggungjawab+superperfectla..hehe..cm yg kite2 smue inginkn..mmg Allah nk tnjuk,yg die tu mmg xleh harap n bkn jodoh awe..hehe..
awe,nnt bile2 kite jmpe nk..kite g tgk movie ke,main bowling ke,jln2 ke b4 kite g smbg study..sbb kite pn xtau pastu bile lg leh blk msia..nnt kite calling2 ye bile free..=)
Post a Comment