Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 27, 2008

Alhamdulillah..Anwar Menang!

Semalam adalah hari yang menggembirakan bagi para pendukung dan pejuang keadilan sebab Anwar telah berjaya menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan majoriti lebih 15 ribu. Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Hati ini tak berhenti mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi satu langkah permulaan buat DSAI (Dato' Seri Anwar Ibrahim) untuk melaksanakan harapan rakyat Malaysia yang menginginkan satu pembaharuan dalam politik secara khususnya dan dalam kehidupan secara amnya.

Sebenarnya, kalau kita perhati betul-betul segala tindak-tanduk DSAI, semuanya semata-mata untuk melaksanakan misi Rahmatan lil 'Alamin seperti yang dibawa oleh Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) yang diteladani daripada Rasulullah s.a.w .

Allah swt berfirman:
وَ مَا أَرْسلْنَك إِلا رَحْمَةً لِّلْعَلَمِينَ‏
“Tidaklah Aku mengutusmu (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.” (Al-Anbiya’/21: 107)

Cumanya, DSAI menggunakan landasan yang berbeza daripada GPTD iaitu pentas politik. DSAI tidak terlalu extreme di dalam agama dan tak pula terlalu meremeh-remehkan hal agama. Segala keputusan dibuat dengan terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang 'alim. Macam tu lah yang sepaptutnya, di mana pemimpin dan 'ulama bergerak seiringan. DSAI sepatutnya dijadikan contoh teladan kepada semua dalam membentuk diri sebagai pemimpin. Misi tersebut setakat ini berjaya dibawa oleh DSAI di mana kita boleh lihat perpaduan kaum di Malaysia semakin terpelihara.

Awe menaruh harapan yang besar dengan kemengan DSAI. Pelbagai perkara terjadi sejak 1998 khususnya dalam keluarga awe sendiri. Abah telah meninggalkan jawatan assistant professor di kuliyyah undang-undang UIAM yang menjanjikan bayaran yang beribu-ribu untuk memasuki arena politik yang tidak menjanjikan apa-apa pulangan di dunia melainkan balasan kebaikan daripada Allah di akhirat. Abah telah dibicarakan kerana mengimami solat hajat yang diadakan di Masjid Negara semata-mata kerana mendoakan kesejahteraan Malaysia dan kesihatan DSAI (sehingga kini kes masih belum selesai). Abah ditahan di bawah ISA zalim selama 2 tahun lebih dan banyak lagi perkara yang mengguris hati untuk diingatkan.

Harapan awe, semoga selepas ini, DSAI akan dapat menghapuskan segala bentuk politik jahat dan tak ada lagi keluarga yang akan menanggung penderitaan mental dan fizikal yang keluarga awe lalui. Semoga mereka yang telah menganiaya keluarga awe akan mendapat balasan setimpalnya. Dan Akhirnya, semoga misi Rahmatan lil 'Alamin akan berjaya dilaksanakan.
Aminn...

Seruan Hassan Al-Banna kepada pemuda :-
“Wahai pemuda! Sesuatu gagasan baru akan berjaya, jika dilandaskan dengan iman yang kuat, adanya sikap ikhlas, memiliki cita-cita dan siap berkorban dari pendokongnya untuk menegakkan gagasan itu. Empat unsur itu; keimanan, keikhlasan, cita-cita dan siap berkorban adalah ciri-ciri pemuda. Kerana landasan iman adalah landasan kalbu yang hidup, landasan ikhlas itu adalah hati yang bening, landasan cita-cita itu adalah dorongan yang terkendalikan, dan rela berkorban adalah tekad yang bulat. Semuanya dimiliki oleh pemuda. Oleh kerana itu, pemuda dahulu dan kini merupakan tunggak kebangkitan setiap bangsa. Pemuda adalah kekuatan, dan pembela setiap akidah dan ideologi.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...