Kami tak pernah meluahkan isi hati masing-masing. Bila berjumpa pun, hanya isu-isu semasa dan kehidupan peribadi masing-masing yang menjadi bahan bualan. Jarang sekali kami merancang untuk berjumpa. Namun, setiap kali bersua, dari jauh kami akan tersenyum, hati berbunga, mata bersinar. Hampir satu dekad kami berkawan. Tak pernah sekalipun hati ini diguris. Diri ini sentiasa dihormati. Tapi, malam tadi timbul satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila mengetahui dia akan berkahwin tak lama lagi. Mulut mengucapkan tahniah, tapi, hati berasa sedih. Rupa-rupanya, dalam diam, kami menyimpan perasaan terhadap diri masing-masing. Semuanya baru disedari malam tadi secara tidak langsung di dalam perbualan kami. Dia memang berhasrat menjadikan Awe teman hidupnya, tapi tidak diluahkan kerana memikirkan tempoh pengajian Awe yang masih panjang, dan juga kerana merasa rendah diri dek perbezaan latar belakang diri dan keluarga. Inilah yang dikatakan tak ada jodoh agaknya. Walauapapun, Awe doakan yang terbaik dan kebahagiaan buat dirinya dan semoga tenang jiwa ini.
2 comments:
Wallahu ya'lamu wa antum la ta'lamun...[2:216] Moga Allah SWT akan memberikan yang terbaik buat awak pada waktu yang terbaik :)
salam ukhwah..
saya tumpang baca ur blog..
saya pun mempunyai love story yang sama..
semua tu ada hikmahnya..insyaAllah/..
Post a Comment