Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 27, 2008

Alhamdulillah..Anwar Menang!

Semalam adalah hari yang menggembirakan bagi para pendukung dan pejuang keadilan sebab Anwar telah berjaya menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan majoriti lebih 15 ribu. Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Hati ini tak berhenti mengucapkan syukur kepada Allah kerana memberi satu langkah permulaan buat DSAI (Dato' Seri Anwar Ibrahim) untuk melaksanakan harapan rakyat Malaysia yang menginginkan satu pembaharuan dalam politik secara khususnya dan dalam kehidupan secara amnya.

Sebenarnya, kalau kita perhati betul-betul segala tindak-tanduk DSAI, semuanya semata-mata untuk melaksanakan misi Rahmatan lil 'Alamin seperti yang dibawa oleh Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) yang diteladani daripada Rasulullah s.a.w .

Allah swt berfirman:
وَ مَا أَرْسلْنَك إِلا رَحْمَةً لِّلْعَلَمِينَ‏
“Tidaklah Aku mengutusmu (Muhammad) kecuali untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.” (Al-Anbiya’/21: 107)

Cumanya, DSAI menggunakan landasan yang berbeza daripada GPTD iaitu pentas politik. DSAI tidak terlalu extreme di dalam agama dan tak pula terlalu meremeh-remehkan hal agama. Segala keputusan dibuat dengan terlebih dahulu merujuk kepada mereka yang 'alim. Macam tu lah yang sepaptutnya, di mana pemimpin dan 'ulama bergerak seiringan. DSAI sepatutnya dijadikan contoh teladan kepada semua dalam membentuk diri sebagai pemimpin. Misi tersebut setakat ini berjaya dibawa oleh DSAI di mana kita boleh lihat perpaduan kaum di Malaysia semakin terpelihara.

Awe menaruh harapan yang besar dengan kemengan DSAI. Pelbagai perkara terjadi sejak 1998 khususnya dalam keluarga awe sendiri. Abah telah meninggalkan jawatan assistant professor di kuliyyah undang-undang UIAM yang menjanjikan bayaran yang beribu-ribu untuk memasuki arena politik yang tidak menjanjikan apa-apa pulangan di dunia melainkan balasan kebaikan daripada Allah di akhirat. Abah telah dibicarakan kerana mengimami solat hajat yang diadakan di Masjid Negara semata-mata kerana mendoakan kesejahteraan Malaysia dan kesihatan DSAI (sehingga kini kes masih belum selesai). Abah ditahan di bawah ISA zalim selama 2 tahun lebih dan banyak lagi perkara yang mengguris hati untuk diingatkan.

Harapan awe, semoga selepas ini, DSAI akan dapat menghapuskan segala bentuk politik jahat dan tak ada lagi keluarga yang akan menanggung penderitaan mental dan fizikal yang keluarga awe lalui. Semoga mereka yang telah menganiaya keluarga awe akan mendapat balasan setimpalnya. Dan Akhirnya, semoga misi Rahmatan lil 'Alamin akan berjaya dilaksanakan.
Aminn...

Seruan Hassan Al-Banna kepada pemuda :-
“Wahai pemuda! Sesuatu gagasan baru akan berjaya, jika dilandaskan dengan iman yang kuat, adanya sikap ikhlas, memiliki cita-cita dan siap berkorban dari pendokongnya untuk menegakkan gagasan itu. Empat unsur itu; keimanan, keikhlasan, cita-cita dan siap berkorban adalah ciri-ciri pemuda. Kerana landasan iman adalah landasan kalbu yang hidup, landasan ikhlas itu adalah hati yang bening, landasan cita-cita itu adalah dorongan yang terkendalikan, dan rela berkorban adalah tekad yang bulat. Semuanya dimiliki oleh pemuda. Oleh kerana itu, pemuda dahulu dan kini merupakan tunggak kebangkitan setiap bangsa. Pemuda adalah kekuatan, dan pembela setiap akidah dan ideologi.”

Tuesday, August 26, 2008

Pemanggil Misteri

Awe tak suka angkat telefon rumah. Ada dua sebab utama kenapa awe tak suka. Pertamanya, tak ada orang call awe pakai telefon rumah. Yelah, sejak dua menjak pakai handphone ni. Keduanya, ada seseorang ni, selalu sangat telefon rumah cari abah & ummi. Tp, dia tak pernah bagitau dia tu siapa. hmm..pemanggil misteri?

Dalam sehari, sekurang-kurangya sekali dia akan call. Kadang-kadang tu, sampai 2 3 kali. Suara dia sayup-sayup jauh kat hujung telefon. Macam lelaki, macam perempuan. Wallahua'lam. Pemanggil misteri ni mula buat hobby dia ni sejak kes reformasi timbul. Pernah sekali tu, awe angkat telefon (sebab dah tak ada orang kat rumah). Lebih kurang macam ni lah dialog kitorang;

PM: Hello (dia tak pernah bagi salam)
awe: yer
PM: Abah ada?
awe: takde
PM: Ummi ade?
awe: Ummi xde jugak. Dia ikut abah.
PM: Abah pegi mana?
awe: ceramah dkat (tmpat mana tah tak ingat)
PM: Dia ceramah politik ke, ceramah agama?
awe: ntahlah. saya pun x tau.
PM: oklah..xpe..
Telefon pun mati.

Tapi selalu kalau ummi ada, memang dia akan bercakap dengan ummi. Dengan abah...tak pernah! Dia tanya pasal politik. Pasal keadilan. Anwar. Pilihanraya. Tanya pendapat ummi dlm hal-hal politik. Mana yang ummi tau, ummi jawab lah. Tapi, disebabkan setiap hari dia call, lama-lama ummi pun naik rimas lah.

Ummi: Encik, saya ni tak tau apa2. Kalau nk tau, tanya lah kat pejabat keadilan atau surat khabar.
PM: Saya ni buta.

Ummi pun rasa bersalah dan kesian kat pemanggil misteri yang buta tu. Sejak tu, ummi cuba la jawab elok-elok apa yang ditanya. Tapi, kekadang ummi suruh cakap yang dia tak ada kat rumah. Ummi malas nak layan. huhu..

Tapi, panggilan dari dia baru-baru ni sangat menakutkan awe. Seperti biasa, dia tanyakan abah dan ummi. Tapi, masa tu, memang diorang tak ada. Itu tak menakutkan. Tapi yang menakutkan, sebelum dia letak telefon, dia tanya;

PM: Ni Awe ke?
awe: Sape ni????
PM: oklah..xpe..
Telefon mati.

Ya Allah, sape dia ni? takutnya. Selama ni mana pernah sebut nama sesiapa dalam rumah ni kecuali 'abah' dan 'ummi' je.

Panggilan misteri tu masih ada sampai sekarang.

Thursday, August 21, 2008

Bowling yang 'Best'!

Lepas awe dapatkan kompang untuk Amad, awe terus balik, solat, keluar bali. Kali ni keluar dengan Ama, adik yg kedua bongsu. Awe dah janji dengan Asiah, adik Pakchan untuk main bowling dengan dia harini. Macam biasa, awe pergi jemput Asiah, tingkatan 2, dekat Kampung Melayu Sungai Buloh. Kitorang nak main bowling dekat One Utama.

Puas betul main kali ni sebab main tiga game dan asyik strike je. Yang pasti, ama dan asiah kalah...hehe..(cuba lagi lain kali yer!)

Teringat pula pengalaman tak best bulan lepas, awe join perlawanan bowling anjuran Wanita Keadilan Selangor.Susah betul nak kumpulkanorang untuk bentuk dua pasukan. Satu grup ade 4 ahli. Alhamdulillah, lepas ke hulu-hilir mencari peserta dan untuk mengisi yang kosong dan menggantikan yang menarik diri, akhirnya berjaya juga kumpul 8 orang. Awe, Ziha (kawan awe merangkap bakal kakak ipar, insyaAllah), Fizah & Nora (UIA), Ama & dua orang kawan dia, (tingkatan 4), dan yang paling muda, jida (darjah 4).

Perlawanan dibuat kat Summit USJ. Kenangan lama masa belajar kat SAMBEST dulu, kekadang lepak sini dengan syue. Sesampai je kat tempat bowling, terus terasa cuak. Peserta lain semuanya dah besar2 dan muka pro. Rasanya, grup kitorang lah yang paling muda dan muka amatur.

Awe tak tahu lah apa yang tak kena dengan permainan awe hari tu. Majoriti masuk longkang. Tak pernah awe main seteruk tu. Rasa kecewa ade, bengang ade, penat pun ade. Mungkin nervous kot. Sebelum ni main untuk suka-suka. Tapi hari tu main atas nama perlawanan. Yang paling tak puas hati, grup lain ada ahli nya lelaki. Tak tahu lah pulak boleh, sebab program ni anjuran WANITA. Padahal abang Hakim dah offer nak ikut. On top of that, ada lagi yang paling paling paling tak puas hati..(geramm nih!). Grup kat lane sebelah, menang hadiah tempat kedua disebabkan abang tu tolong buat balingan untuk akak-akak dalam grup dia. Agak-agak tak ada orang perhati, dia pun baling. Mana keadilan???

Tuesday, August 19, 2008

Kompang Untuk Amad



Tadi pagi, lepas habis je kelas Fiqh II, Dr. Ugi Suharto, awe terus keluar cepat2 dari UIA. Ummi amanahkan untuk beli madu masad untuk Ani kat Sri al-Huda dengan berbekalkan RM100. Sekolah tengah cuti sekarang, bagus lah... tak ramai orang kat sekolah. Yang ada cuma adik2 yang ade kelas tambahan cuti sekolah. Nak UPSR agaknya tahun ni. Madu tu ada dijual kat koperasi sekolah. Dapat je baki RM48, awe terus teringat yang Ummi nak belikan kompang untuk Amad kat Central Market. Kebetulan Ani kerja dekat CIMB dekat dengan Masjid Jamek. Awe terus mesej Ummi... "Madu td 52. Ada baki tu, kalu cukup, awe beli kompang kat cntral market." Ummi pun jawab "Ok."

Awe park kat CM. Dah lama tak datang sini, awe terfikir sendiri. Teringat lak zaman sekolah2 dulu, sini la gak tempat awe selalu 'lepak' mencuci mata sebelum naik bas 143C balik umah. Dah cantik n tersusun CM sekarang. Yang paling best, dah tak nampak budak2 tak senonoh melepak2 kat tangga2 CM. Yang paling tak best, tandasnya tak praktikal dan leceh. Kenapa la tak guna paip getah je, lagi senang.

Awe tak buang masa. Jam dah pukul 12.40pm. Janji dengan Ani nak jumpa jam 1.00pm. Awe terus melangkah laju2 mencari kedai yang ada jual kompang. Tak susah nak cari dengan keadaan CM yang kemas ni. Awe ternampak satu kompang kecik, harganya RM80. Dalam hati ni terdetik, 'alamak, aku ade 40 je. Yang paling kecik ni pun 80'.

Awe tanya akak yang menjaga kedai, ada tak yang lagi kecik? Memang ada, dalam besar dua tapak tangan. Harganya RM70. Awe pun terus cakap dengan akak tu, "yang lagi murah ade tak? Saya punya budget 40 je". Dia cakap, tak ada. Tp dia terus tanya kat sorang abang yang duduk kat luar kedai (Mungkin tuan kedai kot), boleh tak nk bagi harga 40 untuk kompang kecik tu. Dia pun cakaplah tak boleh sebab jauh sangat turun tu.

Awe tanya lagi, ada tak apa2 yang lain yang dalam harga RM40, asalkan bole pukul2, untuk budak dua tahun je pun. Akak tu pun tunjuk kat awe satu alternatif lain, djimbe, harganya RM49, tapi dia boleh bagi RM40. Akhirnya, abang tu kesian dengan awe. "Takpe lah, nak ambik kompang kan? ambik la, 40, boleh lah. Nanti adik tu da besar, boleh dia blaja main, kenal la kat kompang tu"

Terima kasih abang kompang yang baik!!

Monday, August 18, 2008

Asal-Usul 'AWE"

Masa zaman kanak-kanak dulu..family di sabah guna nama panggilan 'WAWA'.
Bila dah masuk sekolah rendah, tukar pulak jadi 'AWA'.
Tapi, lepas bahasa baku dimansuhkan, tukar lagi jadi 'AWE'.
Sampai sekarang la kekal dengan nama tu. Tapi, ada orang yang salah dengar, diorang panggil 'HAWA'....tak kisah pun sebenarnye...

Cuma nak diingatkan, cara sebutannya adalah 'are-were'...bukannye 'are-where'!!

Awe Poyo??

Teringat lak suatu kisah masa kat matrik dulu.

Awe n Aniz Adiliya (kawan sebilik) pergi ke kedai alatulis yg paling popular kat matrik. Tak ingat pulak namanye ape. Sedang kami membelek-belek 'keychain' yang ade nama dan maksud, terjumpe keychain yang tertulis makna najwa di belakangnya.. " Najwa..bisikan rahsia. Mampu memahami apa yang terlintas di fikiran oang lain tanpa perlu diberitahu".

Awe: Ko tengok ni aniz..ko percaya tak?
aniz: elehh... (dengan mimik muka yg x percaya)
awe: Btoll...Mesti sekarang ni ko tengah pk yang aku poyo kan?
aniz: Eh, betullah! memang aku pk ko poyo pon..
awe: haa..kan betull

kitorang pun tergelak berdua dalam kedai tu....


Tapi kan...memang betul lah apa yang dikatakan...nama itu adalah doa. Nama secara tidak langsung menggambarkan perwatakan empunya diri.

Melalui pengalaman awe sendiri, awe banyak kali menguji kebenaran makna nama 'najwa' ni dengan meneka-neka apa yang difikiran orang lain. Kebanyakannya 100% betul. hebat kan? Tapi, 'kuasa' najwa ni ada syaratnya...awe tak boleh teka/baca fikiran orang kalau disuruh dan kalau awe paksa diri untuk meneka.

Ahlan Wa Sahlan!

Assalamualaikum dan ahlan wa sahlan kepada semua.

Alhamdulillah, setelah sekian lama difikirkan dan dipertimbangkan, akhirnya dengan izinNya jua awe berjaya wujudkan blog ini. Walaupun agak sederhana, awe rasa, memadailah dulu dengan kesederhanaan ini sebab awe tidak pasti dengan tahap istiqamah awe dalam mengemaskini blog ini.

Tambahan pula, awe bukanlah seorang yang 'out-spoken', yang akan meluahkan apa sahaja yang terfikir di kepala. Selama ini awe banyak berfikir mengenai pelbagai perkara tetapi awe tidak pernah meluahkan samada secara lisan ataupun coretan. Banyak perkara yang awe diamkan dan banyak juga yang awe dah lupa. Oleh itu, awe berfikir, blog ini adalah sebuah landasan terbaik untuk awe mengabadikan segala apa yang di dalam fikiran awe.

Justeru, apa yang terkandung di dalam blog ini secara tidak langsung menggambarkan keperibadian awe. Dan perlu diingatkan yang tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk simpanan awe semata-mata, supaya awe takkan lupa pada suatu masa nanti. Blog ini bukanlah untuk membuatkan diri ini terkenal apatah lagi untuk memprovokasi mana-mana pihak. Oleh itu, awe minta maaf banyak-banyak andai ade pihak yang akan tersinggung dengan apa sahaja perkara yang awe fikirkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...