Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, February 28, 2009

Ujian Harta


"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah s.w.t. jualah pahala yang besar".(al-Anfal: 28)


Dengan penuh keyakinan dan keimanan Awe percaya dengan ayat suci Allah ni. Walaupun Awe tak punya harta dan tak punya anak, tapi, Awe dapat merasakan betapa hebatnya ujian Allah pada mereka yang punya salah satu daripadanya malahan lebih lagi kalau ada keduanya.

Sebenarnya, kedua-duanya menguji kesabaran, keyakinan, dan ketaqwaan kita kepada Allah.

Lebih baik Awe cerita pengalaman Awe sendiri.

Cerita 1 : Kena block daripada membuat pre-reg untuk semester baru.

Awal bulan haritu banyak tertampal notis peringatan kepada para pelajar UIA untuk menyelesaikan bayaran yuran asrama untuk mengelakkan daripada tak boleh daftar subjek untuk sem akan datang. Memikirkan yang UIA hanya mengugut para pelajar, dan memikirkan pendapatan Abah yang tak seberapa sejak kebelakangan ni, Awe pun abaikan la bayar. Dipendekkan cerita, Awe tak boleh nak daftar subjek 26hb tu. "xpelah, buat manual pun ok. Tak berani nak minta duit dengan Abah. Kesian." Awe bermonolog kat sebelah Shud yang tengah sibuk memilih subjek. Balik ke hostel, Awe cerita kat rakan sebilik selepas ditanya Awe dah daftar sem ke belum. "Ish, kalau aku, da tension giler dah," dia kata. Alhamdulillah, Awe masih mampu mengawal stress.

Tapi, keesokan hari (27hb) Awe memberanikan diri untuk cerita kat Ummi. Ummi suruh balik petang tu untuk ambil duit dari Abah. Ummi yang tolong mintakan. Terima kasih Ummi, terima kasih Abah. 28hb, seawal 8.45 pagi Awe dah menunggu di luar bank untuk melunaskan yuran walaupun bank hanya akan dibuka 9.30 pagi. Tapi, Awe hanya berjaya dapat nombor yg ke 24. Selesai je urusan di bank jam 10, Awe terus ke pejabat Finance untuk release block.

Bahagian ni yang sangat sadis. Biasanya, slip bank hanya perlu diletak pada kotak disediakan. Tapi, akak tu suruh ambil nombor giliran pula. Awe patuh je. Walaupun pejabat tu sesak dengan pelajar-pelajar yang kesemuanya bermasalah dengan pendaftaran sem. "Nombor 74??? Sekarang baru 20. Aduyaii," Terkejut betul Awe tengok nombor tu.


Selepas sejam, hanya 10 nombor lepas. Suasana yang sememangnya sibuk tu tiba-tiba dikejutkan dengan suara akak yang kepenatan bertugas bertekak dengan pelajar yang stress. Awe dah mula tak tenang...kelas managerial economics jam 11.30. Awe perhati, ada pelajar-pelajar yang tak tunggu nombor dipanggil, tapi beratur je kat kaunter. "Ala, tak yah tunggu nombor, beratur je. No tu tak bergerak pun," terdengar suara-suara pelajar bercakap sesama sendiri. Tapi ramai juga yang tak sanggup untuk menunggu lantas keluar walaupun dah sejam dalam pejabat tu. Awe pun ikutlah pihak majoriti, huhu.

Beratur dekat setengah jam, akhirnya sampai di kaunter. Awe Ceritakan masalah dan tunjukkan slip bank kat akak yang bertugas. "Sis, kena ambil account statement dari kaunter tu dulu," kata akak tu sambil menunjuk ke kaunter di belakangku yang mana jumlah pelajar yang beratur sangat ramai. Hati dah mula panas, kenapalah tak maklumkan awal-awal. Sejam setengah Awe sia-sia macam tu je. Tapi Awe cuba menahan daripada meluahkan. Biarlah dalam hati je. .

Tapi, hati yang panas tadi cepat pula sejuknya. Masa tengah beratur, ada 3 orang pelajar lelaki di belakang Awe berdiskusi tentang isu politik yang melanda Perak sekarang ni. Awe pasang telinga besar-besar. Perbincangannya bagus. Tersenyum sendiri. Setengah jam berdiri, kaki terasa lenguh. Awe duduk di kerusi. Tepat pukul 12.30, seorang staf mengunci pintu untuk mengelakkan bertambahnya bilangan pelajar. Maklumlah, waktu rehat pukul satu tapi dalam pejabat tu ada dalam 30 orang pelajar.

Akhirnya, urusan selesai tepat pukul satu. Kelas terlepas. Perut lapar. Hati suam-suam kuku. Huhu...

Persoalannya, adakah Awe berjaya melepasi ujian kesabaran yang diberi? Itu sikit je kalau nak dibandingkan dengan insan-insan lain.

(Terima kasih Kak Dyl kerana mengekalkan kesabaran Awe)

~Cerita hal anak bersambung di entri akan datang...



Perasaan Yang Pelik

Pernah tak, dalam situasi yang normal, tiba-tiba hati terasa rindu sangat. Tapi, tak tau rindu kat siapa.

Ataupun...


Pernah tak, dalam situasi yang normal, tiba-tiba hati terasa sedih sangat. Tapi, tak tau sedih pasal apa. Masalahnya, sedih tu sampai mengalir air mata.


Kenapa ya?


Ada tak
psychologist ataupun scientist yang boleh tolong terangkan???

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di dalam agamaMu dan mentaatiMu"

BisikanRahsiaDotCom

Nantikan kemunculannya!

~Towards achieving my 2009 mission!

Sunday, February 22, 2009

Sepetang Dengan Abah

Abah jarang ada di rumah. Kebetulan hari ni abah tak ada program dari pagi...hari minggu. Waktu makan tengahari, Awe tiba-tiba dapat ilham untuk ajak abah pergi memancing di taman metropolitan. Sebab tengahari tadi balik dari mesyuarat grup Sri Lanka, nampak ramai orang memancing kat tasik taman tu. Teringat yang abah pernah kata teringin memancing kat situ.

Respon yang dibalas positif.
"Siap-siap, lepas zohor kita pergi".
Orait, best ni!

Lepas zohor, Abah kumpul semua kelengkapan memancing dan kitorang terus ke taman... Abah, Awe, Jida.

Sejam menunggu...tak ada ikan.



Lepas satu setengah jam...gerimis pula.



Lepas dua jam...aduyai...lebat!!



Tapi Abah tetap bertahan walaupun seekor ikan pun tak berjaya ditangkap lagi.

Akhirnya, Abah mengalah lepas tiga jam. Badan kesejukan, kuyup, ikan pun tak dapat.

On top of that, Awe sangat puas hati dapat luangkan masa dengan Abah.

Saturday, February 21, 2009

Happy Birthday Jida!

Sempena hari jadi Jida yang ke-11, 18 Feb lepas, Awe dan Kak Ida sempat merakam sebuah dedikasi khas untuk Jida. (Nak beli hadiah tak ada duit..huhu)

Saturday, February 14, 2009

Padaidik Padaelok!

"PADAIDIK PADAELOK"

Perkataan Bugis yang membawa maksud "SESAMA KITA BERBAIKLAH". Digunakan untuk menunjukkan semangat setiakawan yang tersemai dalam diri orang-orang Bugis.

Blog ini mengajak semua (Bugis dan bukan Bugis) untuk bersama-sama meneroka dunia Bugis yang tercatit dalam sejarah Melayu sebagai sebuah Bangsa yang berani... Salaamak! Salaamak!

Gemstones


-Batu-batu cantik dijadikan gelang. Sedia untuk dijual!


Pelbagai jenis batu, dengan beraneka saiz, bentuk, dan harga!


Awe sekarang tengah berjinak-jinak dengan gemstones/batu kristal. Sebenarnya, batu-batu ni dah lama ada kat rumah. Dulu Ummi giat berniaga gemstones. Tp, sejak 2, 3 tahun lepas, dia sibuk menguruskan syarikat keluarga yang masih 'bertatih' dalam bidang perniagaan produk kesihatan. Awe pun dah lama tak berniaga ni. Bolehlah nak 'test power' dulu.

Sedikit fakta tentang gemstones;

Kristal adalah sejenis campuran batu asli dan logam berumur jutaan tahun. Ianya mempunyai struktur dalaman yang teratur, unik, dan sempurna dengan pelbagai warna dan bentuk yang menakjubkan.
Firman Allah s.w.t. -
"...dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta
lorong-lorong putih, merah yang berlainan warnanya tua dan muda,
dan ada juga yang hitam legam..." (Fatir:27)

Setiap kristal ada elektro beredar ke satu arah yang menjana kuasadan boleh dirasai getarannya melalui sentuhan. Tenaga getaran itu boleh memperkuatkan dalam sistem komputer, teknologi komunikasi, dan teknologi laser.

Tapi, yang paling 'best' adalah ia boleh menguatkan medan elektromagnetik manusia dan aura yang telah dikurniakan kepada setiap manusia dan seterusnya boleh membantu dalam proses penyembuhan beberapa penyakit fizikal dan mental.

Jadi, kalau berminat dengan gemstones ni untuk dijadikan sebagai ikhtiar penyembuh penyakit, boleh lah berhubung terus dengan Awe.

Harganya bergantung kepada jenis batu kristal (di antara RM1 - RM10 sebiji) dan berapa banyak batu digunakan untuk membuat satu gelang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...