Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, September 30, 2013

Perut Dan Penyakit



Assalamualaikum semua! Hari ini awe nak bercakap tentang perut. Sebelum awe membebel lebih panjang, jom baca dulu sabda Nabi S.A.W....

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit
[Hadis riwayat muslim]


Nabi SAW dah bagitau kita awal-awal lagi tentang akibat berlebihan makan. Bahkan, Nabi SAW amat menitik beratkan tentang amalan pemakanan. Jika kita ambil contoh cara pemakanan Rasulullah SAW, baginda tidak memakan buah bersama susu pada masa sama. Dalam konteks hari ini, buah bercampur susu ialah koktel kerana campuran ini boleh menyebabkan gastrik. Sunnah Baginda SAW adalah yang terbaik sekali! Ni awe share senarai diet Rasulullah SAW



Awe tengok, kebiasaannya, lelaki (perempuan pun sama) akan bertambah berat badan selepas kahwin. Yelah..lagi sedap makan berdua kan? Isteri tak habis, suami tolong habiskan. Suami balik kerja lewat malam, isteri teman makan sekali. Memang lah dua-dua naik berat badan. Lepas tu, bila ada yang tegur, mereka akan bergurau mengatakan itu tanda mereka bahagia ataupun lambang kemewahan. Betul ke?
Tau tak korang, perut buncit adalah salah satu tanda-tanda awal penyakit dan berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung??? Lemak yang terkumpul di dalam perut dinamakan lemak viseral dan semakin buncit perut seseorang itu makan semakin tidak sihatlah keadaan dirinya. Lemak viseral ni lagi bahaya daripada lemak yang kat bawah kulit kita ni.


Awe baru je timbang badan awe sendiri guna tanita scale. Penimbang ni boleh bagitau tahap lemak viseral dalam badan kita. Alhamdulillah, awe kat level 1..terbaik! oppsss...awe nak ingatkan, badan kurus tak semestinya tak ada lemak viseral. Awe pernah timbang orang kat booth, mamat ni slim je tapi lemak viseralnya tinggi! Dan orang yang perut buncit, confirm ada lemak viseral!


6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.”(Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri. \






Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.”(Riwayat Abu Hurairah) 

Lemak viseral meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat:
- Penyakit Jantung
- Kencing manis
- Sindrom metabolik
- Masalah pundi kencing
- Tekanan darah tinggi
- Kanser usus
- Merangsang keradangan
- Dikaitkan dengan proses saluran darah sumbat dan mengeras ( menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung )

Jadi, kita semua kena jaga pemakanan sama ada badan kita gemuk atau kurus. Makan tu memang lah sedap...tapi bila penyakit dah datang...huhu...na'udzubillah.

Kalau korang nak tau kandungan lemak viseral dalam badan, boleh lah contact awe 0127197774 (sms/whatsapp) untuk dapatkan analisa kesihatan PERCUMA!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...