Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, September 30, 2013

Perut Dan Penyakit



Assalamualaikum semua! Hari ini awe nak bercakap tentang perut. Sebelum awe membebel lebih panjang, jom baca dulu sabda Nabi S.A.W....

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit
[Hadis riwayat muslim]


Nabi SAW dah bagitau kita awal-awal lagi tentang akibat berlebihan makan. Bahkan, Nabi SAW amat menitik beratkan tentang amalan pemakanan. Jika kita ambil contoh cara pemakanan Rasulullah SAW, baginda tidak memakan buah bersama susu pada masa sama. Dalam konteks hari ini, buah bercampur susu ialah koktel kerana campuran ini boleh menyebabkan gastrik. Sunnah Baginda SAW adalah yang terbaik sekali! Ni awe share senarai diet Rasulullah SAW



Awe tengok, kebiasaannya, lelaki (perempuan pun sama) akan bertambah berat badan selepas kahwin. Yelah..lagi sedap makan berdua kan? Isteri tak habis, suami tolong habiskan. Suami balik kerja lewat malam, isteri teman makan sekali. Memang lah dua-dua naik berat badan. Lepas tu, bila ada yang tegur, mereka akan bergurau mengatakan itu tanda mereka bahagia ataupun lambang kemewahan. Betul ke?
Tau tak korang, perut buncit adalah salah satu tanda-tanda awal penyakit dan berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung??? Lemak yang terkumpul di dalam perut dinamakan lemak viseral dan semakin buncit perut seseorang itu makan semakin tidak sihatlah keadaan dirinya. Lemak viseral ni lagi bahaya daripada lemak yang kat bawah kulit kita ni.


Awe baru je timbang badan awe sendiri guna tanita scale. Penimbang ni boleh bagitau tahap lemak viseral dalam badan kita. Alhamdulillah, awe kat level 1..terbaik! oppsss...awe nak ingatkan, badan kurus tak semestinya tak ada lemak viseral. Awe pernah timbang orang kat booth, mamat ni slim je tapi lemak viseralnya tinggi! Dan orang yang perut buncit, confirm ada lemak viseral!


6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.”(Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri. \






Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.”(Riwayat Abu Hurairah) 

Lemak viseral meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat:
- Penyakit Jantung
- Kencing manis
- Sindrom metabolik
- Masalah pundi kencing
- Tekanan darah tinggi
- Kanser usus
- Merangsang keradangan
- Dikaitkan dengan proses saluran darah sumbat dan mengeras ( menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung )

Jadi, kita semua kena jaga pemakanan sama ada badan kita gemuk atau kurus. Makan tu memang lah sedap...tapi bila penyakit dah datang...huhu...na'udzubillah.

Kalau korang nak tau kandungan lemak viseral dalam badan, boleh lah contact awe 0127197774 (sms/whatsapp) untuk dapatkan analisa kesihatan PERCUMA!


Wednesday, September 25, 2013

Pengantin Herbalife!!!

Zero 2 Hero(21-22 Sept)  kat Gambang Resort baru-baru ni, ade dinner dengan special theme hari Sabtu malam tu. Temanya PENGANTIN!!! Awe memang excited lah sebab baju nikah 4 tahun lepas masih muat. Walaupun pengantin lelakinya tak ada, no problem! Ada Aziz jadi pengapit setia..hehe

Ada banyak aktiviti menarik sepanjang malam tu. Ada pertandingan kisah cinta paling romantik, gambar pengantin before/after Herbalife dll. Ni awe nak tunjuk sikit gambar-gambar pasangan pengantin Herbalife dengan testimoni diorang sekali....

Pasangan pertama, Kak Rafiah dgn abg Wan Anuar. First time awe kenal Kak Rafiah ni, masa event STS Pullman awal 2012. Masa tu Awe baru habis pantang Alyaa, kak Rafiah pun baru habis pantang gak. Dia jadi speaker explain tentang produk-produk Herbalife. Awe yang duduk kat belakang sekali pun boleh nampak muka dia yang cantik and glowy kat atas pentas.

Kak Rafiah dan abg Wan Anuar menang pertandingan pengantin before/after Herbalife.
testimoni abg wan anuar
testimoni kak rafiah

Haa..yang ni pulak pasangan Elmi dan Mym. Kedua-dua mereka join weight loss challenge dgn produk Herbalife dan menang! Tengok gambar ni..cantik kan pasangan ni? 




testimoni elmi
testimoni mym

So, kesimpulannya kat sini..korang yang sudah ataupun akan berkahwin dan mempunyai pasangan yang terlebih sikit saiznya tu...jangan lah korang cari pengganti lain. Bagi solution yang lebih bagus, iaitu turun berat dan jadi lebih cantik dan sihat dengan Herbalife......boleh???

Kalau korang perlukan bantuan, awe boleh coach secara PERCUMA untuk dapat result yang diingini, insyaAllah....sms/whatsapp 0127197774 sekarang!


Zero To Hero Edisi-11

Alhamdulillah, hampir setahun aku tak join apa-apa event Herbalife...diulangi sekali lagi...APA-APA events pun takda sejak mengandungkan Aziz.....akhirnya awe berjaya ikut event yang sangat bestt..Zero To Hero!!! Kenapa event ni best sangat??? Sebab ada 3800 peserta dalam event ni. Tak percaya? Cuba tengok ni haaa...

Ramai kan??? Penuh satu dewan!

Apa yang membuatkannya lagi best ialah speaker2 yang luar biasa datang bagi sharing tentang Herbalife...the company, the business, the products, the results...very inspiring and motivating! Banyak sangat yang awe belajar walaupun duduk belakang sekali dengan baby. Yes, Baby! Awe bawa Aziz naik bas jam 2 pagi daripada UIA ke Gambang Resort semata-mata nak tambah ilmu spy jadi coach yg lebih baik, insyaAllah!

Jom tengok gambar-gambar (yang awe kumpul drpd album orang lain sebab takde kamera) sepanjang event ni...

GM Herbalife Malaysia,  Mr. Sridhar

Alhamdulilllah, semua Herbalife distributor di zero2hero kali ini dapat menyumbang sebanyak RM30,000 kepada anak-anak yatim Rumah Peyakin Neg.Sembilan


Qurratu Ain Peter, sebaya dgn awe, 26, full-time Herbalife and housewife. Income dia skrg 5 angka!

Dr. Khadijah Md Jadi, sebelum ni lebih 20 tahun sbg doktor perubatan. Skrg fulltime Herbalife.

Barisan Millionaire Team!

Newly qualified Get Team Members

'Ala kulli haal..(cehh, speaking arab plak!).....takde guna pegi training jauh-jauh dua hari tinggalkan aisya, Alyaa, dan encik suami (of course!) kalau tak diamalkan ilmu yang awe dapat. Semoga semua ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan Allah, dan awe dapat membantu ramai org di luar sana mendapat manfaat melalui nutrisi Herbalife, insyaAllah!

Jom kerja Aziz!!!


Thursday, September 19, 2013

The Five of Us, Alhamdulillah!





Setiap hari Awe berazam dan berdoa, semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Kalau tak banyak pun, sikit lah. Kalau tak besar, kecik pun ok...asalkan 'lebih baik'. Alhamdulillah, dalam beberapa bulan ni ada beberapa perkara yang signifikan dalam hidup kami sekeluarga.

Pertama, kami dah berpindah ke rumah sendiri di Sg Pelong, Sg Buloh. Rumah ni tempat abang membesar dengan keluarganya. kemudian, bila abah dapat kuarters kerajaan di Putrajaya, mereka sekeluarga pindah ke sana. Kemudian abang tinggal situ dan jaga rumah di zaman bujangnya. Alhamdulillah, kami sekarang menetap di sini, tak perlu bayar satu sen pun kat mak abah. Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka dan murahkan rezeki kami supaya satu hari nanti kami pun dapat 'hadiahkan' sebuah rumah buat anak-anak kami.

Rumah kami sedang dlm proses 'touch-up' :)

Kedua, ahli keluarga kami telah bertambah lagi seorang. Alhamdulillah, putera sulung, Azizul Hakim lahir 10 Mei yang lalu. Semalam, dia berjaya meniarap buat pertama kalinya!!!



Ketiga...disebabkan abang tak benarkan awe keluar bekerja, awe sekarang buat bisnes online jual jubah kat Facebook..Toko Jubah Arab . Ade lah duit masuk sikit-sikit daripada tak ada langsung kan. Dan, awe masih lagi menjalankan bisnes Herbalife. Sekarang ni tengah aktifkan page facebook Herbalife awe. Esok malam nak berangkat ke Gambang Resort untuk training Herbalife selama dua hari. Moga-moga ilmu yang akan dipelajari dapat awe manfaatkan sebaiknya, insyaAllah.

Ini contoh jubah yang awe jual. Cantik-cantik semua :)


Kenangan pergi training dengan adik, jian.

Wednesday, September 18, 2013

Kelahiran Putera Sulung Kami

Assalamualaikum! Fuh..lamanya tak update blog ni. Sampaikan terlupa email dan password yang awe guna untuk blog ni. Setelah cuba macam-macam cara untuk membuka blog ni, alhamdulillah, berjaya gak!

Kalau perasan, post terakhir sebelum ni ialah tentang misi awe untuk tambah berat badan. Alhamdulillah berjaya tambah 2-3 kilo. Kemudian, awe terpaksa stop dulu program gain weight ni sebab awe disahkan hamil..hehe. Jadi, tak aci la kalau ikut program gain weight waktu hamil ni. Sebabnya, waktu hamil, dah tentu lah berat badan naik. Kena lah tunggu lepas bersalin baru on program balik :)

Alhamdulillah, pejam, celik, pejam, celik, anak ketiga awe dah pun berumur 4 bulan lebih sekarang. Sihat dan montel sangat. Ni haa si bam bam Azizul Hakim....


Masa timbang untuk 3 bulan haritu, beratnya dah mencecah 7.2 kilo! Esok nak pergi timbang untuk 4 bulan pula..mesti dah cecah 8 kilo..hehe

Meh sini nak kongsi pengalaman melahirkan Aziz ni....

Aziz lahir pukul 4 pagi, 10 Mei 2013 kat Hospital Selayang. Awe takde pun mengalami contraction yang kerap selang 5 minit tu. 9 hb Mei, dari pagi sampai ke malam awe tak diam urus aisya, alyaa, dan rumah. Dari pagi tu memang ade rasa sakit sangat perut macam nak buang air besar. Setiap kali sakit, Awe masuk toilet..takde ape yang keluar (Syukur tak bersalin dalam toilet!!!). Tapi awe tak risau sangat sebab tak kerap. Jadi, sempatlah basuh baju, sidai, sapu sampah, mop, masak2.

Lepas maghrib abang balik dari kerja, sakit tu dah makin kuat sampai awe kena pegang dinding bila berdiri atau duduk daripada baring untuk tahan sakit. Air mata pun keluar sekali sambil rasa sakit yang amat. Abang tanya, nak pergi hospital ke? Awe cakap, nanti dulu, belum kerap. Berapa kali tah awe baring cuba nak tidur, lepas tu sakit, pergi toilet sebab terasa nak membuang (bahaya ooo!), baring balik cuba nak tidur, pastu bangun lagi kemas2 baju dalam beg, baring lagi.......dan lagi, dan lagi.....sampailah abang cakap, Jom pergi hospital!

Abang cepat-cepat salin baju, hidupkan enjin kereta, masukkan aisya dan alyaa yang dah tidur, angkut barang-barang yang perlu. Masa tu dah dekat pukul 2.30 pagi kot. Singgah kepong hantar anak-anak lepas tu terus ke hospital. Lebih kurang pukul 3 pagi, Awe masuk ke bilik pemeriksaan. Doktor cek bukaan...dah 7 cm!!! Fuhh, syukur tak terbersalin kat rumah..huhu. Pukul 4 awe masuk labor room....4.15 aziz keluar! Alhamdulillah...syukur, syukur..Masa tu takde doktor pulak tu..dia expect awe lagi sejam dua baru bersalin. Kebetulan ada nurse masuk waktu awe dah tak tahan sangat nak lahirkan aziz...dia sorang je yang sambut. Bila doktor masuk, terkejut dia.."Eh, dah bersalin??" Yang frustnya, abang tak sempat masuk untuk sambut putera sulung kami :(

Macam mana pun, Alhamdulillah, takde kena jahit ape-ape. Awe dimasukkan ke wad bersalin. Tak sempat nak rehat tidur, doktor benarkan untuk balik tengahari tu sebab awe dan aziz takde masalah ape-ape...semua sihat! Syukurrr sangat! :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...