Bulan ni awe sangat sibuk. Siang hari akan diisi dengan aktiviti 'bergaduh' dengan aisya, hantar coklat yang ditempah customer, kemas-kemas rumah yang tak pernah nak kemas nye, basuh baju berbakul-bakul....(and the list never ends...). Malam pula, bila anak-anak dah tidur baru lah boleh mula siapkan tempahan coklat customer, menghadap laptop, update stok keluar masuk produk. Ditambah lagi dengan pergi Kelab Nutrisi setiap Jumaat, dan program Herbalife setiap minggu....phewww!
Badan yang nak demam pun tak jadi nak demam sebab banyak sangat perkara nak diuruskan...huhu..
Hari ni, 30 Januari 2012, nak muhasabah balik progress hidup sepanjang bulan ni....
Alhamdulillah, kelmarin genap sebulan Awe mendaftar sebagai Herbalife Independent Distributor. Malam tadi awe buat kira-kira balik untung/rugi bisnes ni. Syukur, Awe dah untung lebih RM1000.....syukur sangat-sangat! Sebelum ni awe ada bagitau dengan abang mail (Ismail Jaafar), sponsor awe, yang kalau boleh awe nak peroleh pendapatan minimum RM2000 sebulan dengan herbalife. Alhamdulillah, awe da capai separuh target awe pada bulan pertama ni!
Bisnes coklat dan kek pun boleh tahan gak panasnya. Selepas awe buat promosi tahun baru 2012 dalam blog, banyak juga tempahan diterima. Minggu ni awe kena siapkan 700 biji oreochoc, dan 500 biji lollichoc. Moga Allah permudahkan urusanku.
Minggu ni juga awe jadi Assistant Coach kepada abg mail. Awe nak cari orang yang nak kuruskan badan jadi slim (macam awe?? hehe) untuk join My Weight Solution Contest yang akan diadakan sepanjang Februari nanti. Hadiahnya lumayan tu....RM1000!!!!
Oklah, dah pukul 2 petang ni. Nak solat dan sambung buat coklat! Yok!
No comments:
Post a Comment