Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, January 20, 2011

Indahnya Kehidupan!


Dalam tak sedar, dah lama awe tak post apa-apa ke blog ni sejak melahirkan si comel Aisya Syifaa. Alhamdulillah. Tiba-tiba teringat saat melahirkan hari tu.

Ya Allah, kesakitan yang tak dapat ditanggung, hanya ALLAH yang tahu. Kalau ikutkan tarikh yang doktor bagi, kemungkinan baby akan keluar 6 September 2010. Nak raya dah, awe fikir. Cuti raya kejap je. Awe dah minta cuti awal dua minggu sebelum raya dengan harapan anak akan keluar awal dan awe akan dapat rehat berpantang yang secukupnya sebelum pergi kelas balik. Cuti raya UIA cuma 10 hari saja.

Masuk tanggal 26 Ogos, awe dah mula risau. Cuti dah nak habis, raya dah nak dekat, baby belum nak keluar lagi. Kaki ni dah penat berjalan, ikut abang kerja, 'tawaf' rumah, naik turun tangga kat plaza GM. Tapi, belum lagi ada tanda-tanda nak bersalin. Akhirnya awe minum air selusuh yang Ummi buatkan. Setengah botol besar habis diminum.

1 am, Jumaat, nuzul Quran, 27 Ogos.....Awe dah mula rasa contraction. Tapi tak kuat sangat. Awe tengok jam untuk rekod setiap contraction. konsisten setiap 5 minit. Selepas setengah jam, contraction masih berlaku tapi tak kuat. Awe cakap dengan abang, tak payah pergi hospital dulu. Kita tunggu dulu sejam. 2 am...masih contraction perlahan. Nanti dulu lah. 3 am...belum kuat lagi. Tak terasa sakit sangat. Nanti ye. 4.30 am...Dah terasa kuat sikit. Alang-alang dah nak subuh, awe sahur dulu, mandi, baca yasin.

6.30 am...Siap-siap bawa beg awe dan baby masuk dalam kereta, nak pergi Hospital Selayang. Kebetulan Abah dan Ummi baru balik daripada masjid. Abah sempat berpesan, baca selawat syifaa banyak-banyak. Hati dah berdebar-debar. 7.00 am...selepas daftar masuk, awe disuruh baring di atas mana-mana katil yang kosong yang disediakan. Tempat tu untuk bakal ibu yang mungkin akan bersalin, tapi bukan labour room. Kat sini doktor cek bukaan (sakit gak, tak macam yang awe bayangkan). Baru 2 cm. Tapi contraction dah kuat.

Lebih kurang 8.00 am...Doktor cek lagi, dah 3 cm. Ada doktor india lelaki dan melayu perempuan. Doktor suruh sarapan sebelum masuk ke bilik khas yang lain. Tak puasa lah hari ni, awe fikir. Sedap juga sandwich yang disediakan. Dalam bilik khas tu, Doktor pecahkan air ketuban dan masukkan ubat untuk buang air besar. Terus awe berkejaran ke tandas. Sandwich sedap tadi habis awe muntahkan. 8.30 am...awe dah bersedia kat labour room. Baru buka 4 cm. Contraction dah kuat sangat. Ummi yang teman awe. Mesti sakit tangan Ummi awe genggam kuat-kuat setiap kali contraction. Pesanan abah tak dilupa. Mulut tak berhenti selawat.

Awe tanya nurse, lama lagi ke. Katanya, lambat lagi. Awe kena bersabar, jangan menjerit, simpan tenaga (bila pula awe menjerit?? orang bilik sebelah yang menjerit-jerit kuat buat awe lagi takut.). Mungkin lagi7 atau 8 jam baru keluar. Ya Allah, awe tak dapat bayangkan kesakitan selama tu. 9.15 am...Abang masuk pula ganti dengan Ummi. Tenang sikit tengok muka dia. Tangan abang pun makin kuat awe genggam. Awe sempat mohon ampun dengan abang, halalkan makan minum awe.

10.00 am..."Abang, awe rasa kepala budak dah keluar ni". Abang terus selak kain hospital yang awe pakai, tengok. Dia meluru ke pintu, menjerit "Doktor, kepala dah keluar!". Awe boleh dengar bunyi kaki doktor dan nurses berlarian ke bilik awe. Kelam kabut diorang sediakan alatan semua. satu, dua, terann! Alhamdulillah, Subhanallah. Mulut Awe dan abang tak berhenti mengucap tasbih dan tahmid.

Anak kami keluar hanya dengan sekali teran. Dengar suara tangisan pertamanya, menangis kegembiraan hati ni. Anak perempuan yang putih gebu. Nurse tiarapkan dia atas dada awe semntara nurse menjahit segala apa yang patut dijahit. Terasa jarum jahitan menusuk kulit tapi dek kerana terlalu penat dan mengantuk, awe buat tak layan je.


2 comments:

~ammoychantek~ said...

wow..subhanallah..bestnye..:))...smg awe n family sentiasa dilimpahkan rahmat n kurnia dr Nya..hugs n kisses utk aisya...

Nini Hartini said...

tahniah awe....akk ni bila la pulak eh..hehe

rajin2 update blog =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...