Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 3, 2010

Menanti Tibanya Saat Itu...Penuh Debaran

Alhamdulillah...hari ini (3/8/2010) genap 35 minggu usia kandungan Awe.

Langkah kaki semakin perlahan, dek kerana pinggang yang sakit. Juga kerana tak nak terlalu aktif yang boleh menyebabkan bersalin lebih awal daripada jangkaannya.

 Minggu lepas, 29 Julai Awe jumpa doktor. Katanya, Awe kena bersedia. Paling awal, dalam tempoh 3 minggu lagi akan bersalin. Nervous pula dengar doktor tu cakap gitu.

Malam tadi, Awe susun elok-elok barang si comel, kemas katilnya, kemas bag untuk dibawa ke hospital. Tapi, barangan Awe belum dikemas lagi. Ada beberapa benda belum dibeli lagi.

Untuk menenangkan hati, Awe elakkan untuk berfikir tentang saat melahirkan. Awe cuba banyakkan berdoa, mengaji dan berzikir. Moga Allah permudahkan urusan.

Di kesempatan ini, Awe nak susun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf daripada sahabat-sahabat semua andai sepanjang perkenalan kita Awe ada menyinggung perasaan dan juga mengata, mengumpat. Kalau Awe ada hutang, datanglah tuntut dengan Awe sekarang. Andai dihalalkan, moga Allah limpahkan rezeki yang banyak buat kalian. Doakan kesihatan dan kekuatan Awe untuk melahirkan zuriat yang InsyaAllah akan menjadi penyebar Rahmat ke seluruh alam.

Tuesday, June 1, 2010

Bermulanya Trimester Ketiga

Alhamdulillah, hari ini, 1 Jun, bermulalah fasa ke-3 kandungan Awe.
Antara beberapa perubahan yang dirasakan sejak beberapa hari lalu...

1)Baby semakin aktif bergerak...atau..
mungkin dia tersedu sebab terlalu banyak menelan cecair amniotik??
2)Sakit pinggang, sesak nafas, susah nak tidur malam...mencari posisi yang selesa
3)Pertambahan berat badan yang mendadak. Tapi syukur sebab berat bukannya bertambah kat seluruh badan. So, 'body' masih maintain la lepas bersalin nanti...hehe
4)Dah mula kelihatan 'stretch mark' kat perut.
5)Sangat kerap keluar masuk toilet...

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ada je perkara-perkara yang mengganggu sensitiviti awe> Hati ni mudah sangat terusik, air mata senang mengalir. Tapi, awe cuba sedaya-upaya untk berfikiran positif dan bertukar ke mood ceria. Harap-harap baby tak akan terpengaruh dengan Ummi nye yang sensitif.. ;-)

Awe tak ada lagi cadangan nama apa nak bagi kat baby. Hari tu doktor cakap, kemungkinan besar perempuan. Tapi, awe ngan abang tak rasa konfiden lagi. Tunggulah hasil scan hujung bulan nanti.

Friday, May 14, 2010

Gerakan Pertama Anakku

Pertama sekali merasa pergerakan anak dalam perut ni semasa usia kandungan 17 minggu. Masa tu malam, tengah baring atas katil nak tidur. Terus Awe tarik tangan abang letak atas perut. Dia pun rasa. Kitorang saling berpandangan...tak terkata apa...masing-masing 'shock' agaknye. Tapi dalam hati tak putus mengucapkan rasa syukur pada TUHAN. Hati menangis kegembiraan.

Sebenarnya tak jangka boleh rasa seawal minggu ke-17 sebab doktor cakap, biasanya aanak pertama, minggu ke-20 baru boleh rasa. Alhamdulillah. Temujanji dengan dokotor kat Hospital Selayang sebelum tu sebenarnya membawa sedikit kesedihan sebab doktor kesan ada fibroid dalam rahim. Semakin anak ni aktif bergerak, makin sakit rasa kat perut. Tapi, alhamdulillah sekarang dah tak ada rasa apa-apa. Mungkin fibroid tu dah hilang. Kita tunggu keputusan temujanji akhir bulan Jun nanti ya!

*Setiap kali merasa anak bergerak dalam perut, hilang semua kesakitan.keletihan dan kesedihan. ;-)

Kehamilanku

Alhamdulillah...kandungan Awe dah masuk bulan ke-5. Macam tak percaya, tapi perut dah memboyot. Kuasa Allah...Maha Besar.

Alhamdulillah...sepanjang lima bulan ni, awe tak sampai 10 kali pun muntah. Setiap kali loya, Awe cuba berfikiran positif "aku tak nak muntah, aku tak nak muntah". Hasilnya...berjaya! Awe pun tak ada mengidam atau alami alahan teruk. (Mesti sayang happy kan???) Cuma sering yang tersayang kena melayan rungutan sakit pinggang atau penat. Terima kasih sayang sudi memicit badan, kaki walaupun sendiri keletihan bekerja. Terima kasih sayang sudi belikan tomyam walaupun berkejar ke sana-sini. I love you so much!

Sekarang ni, tengah 'ajar' mind-setting untuk tak takut menghadapi detik-detik melahirkan insan dalam perut ni.... ;-)

Monday, May 3, 2010

Bisnes Terbaru!





Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada, awe & suami berjaya memulakan bisnes sampingan secara kecil-kecilan. Untuk lebih banyak gambar dan maklumat lanjut, sili klik di sini.

Tuesday, February 9, 2010

Perkongsian Lima Tahun Bersama GPTD

Penglibatan saya dalam Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) sejak tahun pertama di Pusat Matrikulasi UIAM telah banyak mengajar saya mengenali diri sendiri, memahami tujuan hidup sebagai khalifah dan hamba, dan mengasah lagi skil komunikasi, kepimpinan, dan kesukarelaan.
Saya mula mengenali GPTD selepas tamat SPM ketika bekerja separuh masa di Global Peace Mission (GPM) di bawah bimbingan En. Shirajuddin Sirat yang pada ketika itu adalah pengarahnya. Beliau dan sdr. Jufitri Joha, Presiden GPTD pada ketika itu, adalah dua insan yang banyak mendidik dan membentuk fikiran saya menjadi seorang yang lebih ummatic centric. Meskipun jiwa remaja saya ketika itu cenderung ke arah hiburan, namun sya tidak jemu menyertai usrah dan program-program anjuran ABIM, GPM, dan GPTD kerana terasa ada satu kekosongan di dalam hati.
Peluang menjejakkan kaki di bumi Minang, Maninjau pada April 2005 mengikuti program anjuran ABIM adalah titik permulaan saya melakukan kerja-kerka kesukarelaan. Saat itu saya merasakan jiwa saya milik masyarakat sebahagiannya. Saya dapat merasaka satu kepuasan apabila dapat berkhidmat untuk insan lain. Kekurangan wang tidak saya fikirkan sebagai penghalang melakukan bakti.
Alhamdulillah, sdr. Jufitri telah nampak potensi dalam diri saya dan mempercayai saya untuk menyertai tampuk kepimpinan GPTD pada akhir 2005. Tawaran yang diberi tidak saya fikir panjang untuk menjawab "ya". Saya fikir, inilah peluang terbaik untuk saya memajukan diri dan membantu ummah memalui medium yang saya rasakan sesuai dengan jiwa saya.
Empat tahun pertama bersama GPTD, saya telah banyak menyertai dan mengendalikan program-program kemasyarakatan, siri latihan, dan induksi yang diadakan di dalam negara. GPTD tidak terlalu gopoh dalam memberi tugasan projek luar negara kepada saya. Akhirnya, apabila para senior GPTD merasakan bahawa saya sudah cukup bersedia, saya telah diberi amanah memegang projek Sri Lanka. Itulah projek luar negara saya yang pertama dan berjaya dilaksanakan pada November 2008.
*Nantikan entri akan datang...."Mengenali Masyarakat Melayu Sri Lanka"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...