Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, November 13, 2008

Berjaya Kawal Stress

Hari ini banyak sungguh perkara yang perlu diuruskan dan difikirkan. Entah berapa kali Awe hidupkan enjin, matikan enjin kereta dari satu tempat ke satu tempat. Semua urusan perlu diselesaikan segera. Ini semua gara-gara Tuan Punya Rezki belum mau serahkan duit sebanyak RM5000 kepada kami. Ya Allah, ujian sungguh. Hari ini juga kami perlu bayar duit tiket sebanyak RM11 ribu.

Di saat kerisauan dan tekanan sampai ke kemuncak, air mata awe hampir berderai depan syah, k.dyl n k.nadzifa. Itu lah Awe, simpan semuanya sampai ke satu tahap yang maksimum yang tak mampu lagi dikawal oleh hati. Air mata dah mula mengalir. Sebelum Awe jadi lebih beremosi, Awe terus ke dapur, cuci muka. Istighfar beberapa kali, tarik nafas dalam-dalam........dan alhamdulillah, berjaya mengawal emosi. Awe keluar ke dari dapur dan dapat menjalankan tugas-tugas dengan tenang.

Apa yang lebih membuatkan awe tak henti-henti mengucapkan syukur adalah apabila Adrian, sahabat baik kami, sanggup meminjamkan duitnya sebanyak RM5000 untuk membayar duit tiket kerana kami tak yakin boleh dapat duit daripada pihak pengurusan dalam masa yang sangat suntuk tadi. Alhamdulillah, tiket dapat dibeli tepat pada masanya walaupun awe terpaksa duduk di pejabat Sri Lankan Airlines lebih dua jam kerana ada masalah teknikal. Thanks Ad!!!

3 comments:

Ilham Nur said...

adrian yang memang baik hati

~ammoychantek~ said...

take care awe g sri lanka nnt..=)..jgn tersangkut ngn mamat sri lanka dah la..hik3..=)smg berjaya dgn misi korg kt sane!!=)

Anonymous said...

Subhanallah..... Moga Allah membalas jasa kalian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...