Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, December 28, 2008

Azam Tahun Baru - edited

Di antara azam Awe untuk tahun ni dan tahun-tahun yang mendatang ialah...

Pertama, Awe nak jadi seorang yang lebih fokus dan komited dalam sesuatu perkara. Awe tak nak urusan peribadi bercampur dengan pelajaran dan komitmen-komitmen yang lain. Awe nak cuba naikkan cgpa dan dalam masa yang sama dapat lebih menyumbang pada 'stakeholders'.

Kedua, Awe nak jadi seorang wanita yang lebih cekal, tabah, dan kuat dari segi emosi dan fizikal. Awe nak elakkan merungut dan mengeluh. Kata-kata Tuan Azam sentiasa dalam kepala, "Merungut adalah manifestasi bahawa kita tidak bersyukur kepada Tuhan". Awe akan cuba berfikir secara 'normative' dalam semua perkara. Berfikiran positif, itu paling penting.

Ketiga, Awe nak jadi seorang yang lebih bahagia dan tenang.

Keempat, harapan jauh di sudut hatiku.....tak nak lah tulis kat sini....

Wednesday, December 10, 2008

Sanah Helwah Ya Abi!!


Dalam nak mengejar masa untuk ke LCCT (nak beraya di Tawau) lepas zohor 4hb lalu, Ummi sempat juga curi masa untuk belikan kek untuk menyambut ulang tahun Abah ke-47.

Doa Awe untuk Abah,
Ya Allah,
Kau teguhkan iman Abah,
Kau berikan kesihatan jiwa dan badan kepadanya,
Kau berikan kekuatan kepadanya untuk terus menegakkan agamaMu,
Kau permudahkannya untuk menyebarkan agamaMu,
Kau damaikan hati Abah,
Kau tenangkanlah jiwa Abah,
Kau kurniakanlah rezeki yang halal buat keluarga kami,
Kau jauhkanlah segala macam fitnah daripadanya,
Ya Allah,
kau jadikanlah Abah contoh ikutan terbaik buat kami anak-anaknya
sepertimana Kau jadikan Rasulullah contoh ikutan terbaik buat Ummatnya
Amin...Amin Ya Rabbal 'alamin

SELAMAT ULANG TAHUN ABAH!!
I LOVE YOU ALWAYS!

BNO dan ABC



Sejak dua menjak ni, kalau balik kampung kat Sabak Bernam je, tak sah kalau tak pergi makan ABC tepi pantai. Pantai mana lagi kalau bukan BNO (Bagan Nakhoda Omar) yang terkenal di daerah sabak.Pantai tu bukanlah cantik mana pun sebabnya pantai nelayan. Tapi, ketenangannya yang 'best'. Bila duduk kat situ, tenang jap jiwa ni, lupa jap masalah-masalah kat KL. Yang membuatkan lagi seronok, bila bawa adik-adik, mak (panggilan untuk nenek kesayangan), ngan sedara-sedara lain yang nak ikut.



Petang Jumaat lepas, awe bawa adik-adik yang ramai. Sumbat dalam dua kereta. Kebetulan nak menyambut Raya Haji dan juga sedang cuti sekolah. Meriah lah rumah mak nun. Cuma abah ngan Ummi tak ada. Beraya di Tawau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...