Malam tadi abg mail dan adiknya, aisyah datang ke rumah nak ambil coklat yang ditempah untuk doorgift majlis abg mail. Alang-alang da sampai rumah, dia terus bagi DMO-booth training. Terbaik la abg mail & Aisya! Terima kasih sangat dengan ilmu yang dikongsi malam tadi. Sebenarnya, kami dah ready nak buka booth di dewan MPS Taman Ehsan malam tadi. Tapi ada pula 'aral yang melintang' terpaksa kami batalkan. Anyway, no problem at all!
Lepas habis sesi training yang mantap, awe pun minta abg mail scan badan...(guna Tanita Scanner tau!)..nak tau perubahan badan selepas sebulan makan produk herbalife. Sebelum ni berat badan awe 47.6kg, underweight dlm 7kg. Tapi scan malam tadi, berat awe turun ke 46kg! Alamak, turun pulak.Sepatutnya awe nak gain weight. Tapi bila diteliti balik, yang turun tu bahagian lemak badan. Alhamdulillah, bagus la tu. Kandungan air dalam badan pula meningkat. Positive results! Alhamdulillah.
Ada satu lagi cerita yang buat awe gembira semalam. Petang semalam dila, sepupu awe, kol. Dia kata nak cuba perisa baru pula. Hari ni cukup seminggu dia & wak awi minum shake untuk sarapan, perisa strawberry. Katanya nak cuba coklat pula. Tapi bukan itu yang buat awe gembira. The happpiest part was when she said that her father, wak awi, dah kurang hypo nye. Dia pesakit kencing manis. Alhamdulillah, syukur.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Thursday, February 2, 2012
Monday, January 30, 2012
Harus Masuk Gear 5 Minggu Ni!!!
Bulan ni awe sangat sibuk. Siang hari akan diisi dengan aktiviti 'bergaduh' dengan aisya, hantar coklat yang ditempah customer, kemas-kemas rumah yang tak pernah nak kemas nye, basuh baju berbakul-bakul....(and the list never ends...). Malam pula, bila anak-anak dah tidur baru lah boleh mula siapkan tempahan coklat customer, menghadap laptop, update stok keluar masuk produk. Ditambah lagi dengan pergi Kelab Nutrisi setiap Jumaat, dan program Herbalife setiap minggu....phewww!
Badan yang nak demam pun tak jadi nak demam sebab banyak sangat perkara nak diuruskan...huhu..
Hari ni, 30 Januari 2012, nak muhasabah balik progress hidup sepanjang bulan ni....
Alhamdulillah, kelmarin genap sebulan Awe mendaftar sebagai Herbalife Independent Distributor. Malam tadi awe buat kira-kira balik untung/rugi bisnes ni. Syukur, Awe dah untung lebih RM1000.....syukur sangat-sangat! Sebelum ni awe ada bagitau dengan abang mail (Ismail Jaafar), sponsor awe, yang kalau boleh awe nak peroleh pendapatan minimum RM2000 sebulan dengan herbalife. Alhamdulillah, awe da capai separuh target awe pada bulan pertama ni!
Bisnes coklat dan kek pun boleh tahan gak panasnya. Selepas awe buat promosi tahun baru 2012 dalam blog, banyak juga tempahan diterima. Minggu ni awe kena siapkan 700 biji oreochoc, dan 500 biji lollichoc. Moga Allah permudahkan urusanku.
Minggu ni juga awe jadi Assistant Coach kepada abg mail. Awe nak cari orang yang nak kuruskan badan jadi slim (macam awe?? hehe) untuk join My Weight Solution Contest yang akan diadakan sepanjang Februari nanti. Hadiahnya lumayan tu....RM1000!!!!
Oklah, dah pukul 2 petang ni. Nak solat dan sambung buat coklat! Yok!
Saturday, January 28, 2012
Yok 'Slim'kan Badan!
Alhamdulillah, tadi pagi awe berjaya melayakkan diri untuk menjadi wellness assistant coach. Apakah bidang tugasnya? Oh, mudah saja. Cuma cari kenalan-kenalan, family atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menurunkan berat badan. Setiap bulan kelab nutrisi ada buat My Weight Solution Competition. Jadi, sekarang ni dah mula pencarian peserta-peserta untuk pertandingan bulan Februari. Hadiahnya lumayan tu...! Jadi kurus je boleh dapat RM1000 untuk juara. Masyukk...tapi awe ni da slim, tak boleh la nak masuk kejar duit seribu tu....hehe
Oh ya, lupa nak bagitau. Awe sekarang buat kerja sambilan dengan Herbalife! =)
Kalau ada yang nak join pertandingan ni, boleh la tinggalkan komen ye kat bawah ni. Tarikh tutupnya 4 Februari.
oh, ni awe nak share sikit iklan contest ni..
MWS- "My Weight Solution" Contest

MWS Contest is a weight lose contest specially designed for customers who intend to be disciplined in losing weight, looking and feeling good about themselves. Our objective is also to help people inculcate a healthy eating habit with an ultimate goal of living a healthier lifestyle.
This is your chance to lose weight and WIN $$$$.
It is a 4 week contest with official weigh in on the 1st, 2nd or 3rd and 4th week of the contest.
Only contestants with Body Mass Index (BMI) above 23 can qualify to participate in the contest.
During the contest period each contestant will be assigned a personal coach to guide them on the best possible way to achieve a proper weight loss using our products.
Winners will be judged based on their percentage body weight loss. The highest percentage body weight loss obtained on the final day of weigh in will be judged as the winner. Terms & conditions of the contest apply.
2012...Kisah Kami BerEmpat!
Subhanallah, sekejap je masa berlalu. Dah setahun awe tak post apa-apa dalam blog ni. SETAHUN! Cuba tengok tarikh post awe yang terakhir.....20 Januari 2011. Hari ni dah 28 Januari 2012!
Selamat Tahun Baru! hehe, walaupun lambat 28 hari mengucapkan selamat, tapi tak pernah ada istilah 'lambat' untuk memulakan hidup yang baru, menanam azam yang baru, mengejar impian yang baru. Betul tak??
Sebut pasal 'baru-baru' ni, Alhamdulillah, kami dah bertambah ahli keluarga yang baru! Alyaa Zulfa selamat dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada 7 November 2011 (7eleven..hehe).
Inilah gambar terkini kami yang diambil dengan pengantin baru, Fifi & suami. Tahniah sahabatku!

Thursday, January 20, 2011
Indahnya Kehidupan!

Dalam tak sedar, dah lama awe tak post apa-apa ke blog ni sejak melahirkan si comel Aisya Syifaa. Alhamdulillah. Tiba-tiba teringat saat melahirkan hari tu.
Ya Allah, kesakitan yang tak dapat ditanggung, hanya ALLAH yang tahu. Kalau ikutkan tarikh yang doktor bagi, kemungkinan baby akan keluar 6 September 2010. Nak raya dah, awe fikir. Cuti raya kejap je. Awe dah minta cuti awal dua minggu sebelum raya dengan harapan anak akan keluar awal dan awe akan dapat rehat berpantang yang secukupnya sebelum pergi kelas balik. Cuti raya UIA cuma 10 hari saja.
Masuk tanggal 26 Ogos, awe dah mula risau. Cuti dah nak habis, raya dah nak dekat, baby belum nak keluar lagi. Kaki ni dah penat berjalan, ikut abang kerja, 'tawaf' rumah, naik turun tangga kat plaza GM. Tapi, belum lagi ada tanda-tanda nak bersalin. Akhirnya awe minum air selusuh yang Ummi buatkan. Setengah botol besar habis diminum.
1 am, Jumaat, nuzul Quran, 27 Ogos.....Awe dah mula rasa contraction. Tapi tak kuat sangat. Awe tengok jam untuk rekod setiap contraction. konsisten setiap 5 minit. Selepas setengah jam, contraction masih berlaku tapi tak kuat. Awe cakap dengan abang, tak payah pergi hospital dulu. Kita tunggu dulu sejam. 2 am...masih contraction perlahan. Nanti dulu lah. 3 am...belum kuat lagi. Tak terasa sakit sangat. Nanti ye. 4.30 am...Dah terasa kuat sikit. Alang-alang dah nak subuh, awe sahur dulu, mandi, baca yasin.
6.30 am...Siap-siap bawa beg awe dan baby masuk dalam kereta, nak pergi Hospital Selayang. Kebetulan Abah dan Ummi baru balik daripada masjid. Abah sempat berpesan, baca selawat syifaa banyak-banyak. Hati dah berdebar-debar. 7.00 am...selepas daftar masuk, awe disuruh baring di atas mana-mana katil yang kosong yang disediakan. Tempat tu untuk bakal ibu yang mungkin akan bersalin, tapi bukan labour room. Kat sini doktor cek bukaan (sakit gak, tak macam yang awe bayangkan). Baru 2 cm. Tapi contraction dah kuat.
Lebih kurang 8.00 am...Doktor cek lagi, dah 3 cm. Ada doktor india lelaki dan melayu perempuan. Doktor suruh sarapan sebelum masuk ke bilik khas yang lain. Tak puasa lah hari ni, awe fikir. Sedap juga sandwich yang disediakan. Dalam bilik khas tu, Doktor pecahkan air ketuban dan masukkan ubat untuk buang air besar. Terus awe berkejaran ke tandas. Sandwich sedap tadi habis awe muntahkan. 8.30 am...awe dah bersedia kat labour room. Baru buka 4 cm. Contraction dah kuat sangat. Ummi yang teman awe. Mesti sakit tangan Ummi awe genggam kuat-kuat setiap kali contraction. Pesanan abah tak dilupa. Mulut tak berhenti selawat.
Awe tanya nurse, lama lagi ke. Katanya, lambat lagi. Awe kena bersabar, jangan menjerit, simpan tenaga (bila pula awe menjerit?? orang bilik sebelah yang menjerit-jerit kuat buat awe lagi takut.). Mungkin lagi7 atau 8 jam baru keluar. Ya Allah, awe tak dapat bayangkan kesakitan selama tu. 9.15 am...Abang masuk pula ganti dengan Ummi. Tenang sikit tengok muka dia. Tangan abang pun makin kuat awe genggam. Awe sempat mohon ampun dengan abang, halalkan makan minum awe.
10.00 am..."Abang, awe rasa kepala budak dah keluar ni". Abang terus selak kain hospital yang awe pakai, tengok. Dia meluru ke pintu, menjerit "Doktor, kepala dah keluar!". Awe boleh dengar bunyi kaki doktor dan nurses berlarian ke bilik awe. Kelam kabut diorang sediakan alatan semua. satu, dua, terann! Alhamdulillah, Subhanallah. Mulut Awe dan abang tak berhenti mengucap tasbih dan tahmid.
Anak kami keluar hanya dengan sekali teran. Dengar suara tangisan pertamanya, menangis kegembiraan hati ni. Anak perempuan yang putih gebu. Nurse tiarapkan dia atas dada awe semntara nurse menjahit segala apa yang patut dijahit. Terasa jarum jahitan menusuk kulit tapi dek kerana terlalu penat dan mengantuk, awe buat tak layan je.

Subscribe to:
Posts (Atom)