Mohd Afham & Ain Najwa

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Aisya Syifaa

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Alyaa Zulfa

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Azizul Hakim

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, October 28, 2013

Formula 1 for Weight Management & Healthy Nutrition

Formula 1 Healthy Meal Replacement Mix


Easy and practical

A tasty Herbalife Formula 1 shake is easy to prepare too. Just add 250ml of semi-skimmed milk to two spoonfuls of powder and mix or shake to prepare a healthy meal in a glass!


A healthy meal anytime, anywhere!

  • Less than 220 calories per serving, when prepared with semi-skimmed milk, to help you manage daily calorie intake.
  • Contains a balance of heart-healthy soy protein and plant-based carbohydrates to help you feel full for longer and sustain your energy levels as part of a weight management or healthy nutrition programme. The inclusion of at least 25 grams of soy protein a day as part of a diet low in saturated fat can help you maintain healthy blood cholesterol levels.
  • High in essential vitamins and minerals including antioxidant vitamins A, C and E to help you achieve your Recommended Daily Allowance (RDA)


Key Ingredients

  • Each 250ml shake provides 10.6g of soy protein (41% of the suggested daily intake of 25g)
  • 23 key vitamins and minerals
  • A good source of healthy fibre

Choose from a delicious variety of flavours 

Give your shake a twist by blending in your favourite fruit such as bananas or berries to suit your taste:
  • Vanilla
  • Chocolate
  • Strawberry
  • Cappuccino
  • Tropical Fruit

Herbalife Formula 1

Herbalife Formula 1

Dipercayai dan Diyakini Lebih Daripada 30 tahun!

Herbalife bermula pada tahun 1980 apabila pengasasnya, Mark Hughes launched the Herbalife Formula 1 Healthy Meal Replacement Mix, product pertama Herbalife dan produk asas dalam semua program pengurusan berat badan Herbalife



Pengurusan Berat Badan Dengan Formula 1

Diformulakan dengan keseimbangan nutrisi mikro dan makro yang sangat baik, Formula 1 telah terbukti secara saintifik untuk menjadi cara yang berkesan untuk mengawal dan menguruskan berat badan apabila digabungkan dengan gaya hidup yang sihat dan aktif.


Ciri-ciri Utama

  • Kalori terhad dan sangat berkhasiat
  • Mengandungi kombinasi seimbang protein soya dan karbohidrat
  • Mengandungi vitamin utama dan mineral
  • Terdapat dalam 6 perisa. Pilihan adalah milik anda!
Kenapa anda memerlukannya?

Apabila cuba mengurangkan berat badan atau menguruskan berat badan anda, ia adalah penting untuk mengekalkan pemakanan yang seimbang.

Satu hidangan sihat seperti Herbalife Formula 1 mengekalkan pengambilan kalori yang rendah untuk mengelakkan kenaikan berat badan, dan dalam masa yang sama menyediakan vitamin dan mineral, karbohidrat tahan lama dan protein untuk tenaga yang berterusan dan kenyang.


Lose weight/Gain Weight/Earn Extra Income 0127197774
ainnajwabadrulamin@gmail.com

Friday, October 4, 2013

My Herbalife Testimony

Bismillah..

Sejak awe consume produk Herbalife Disember 2011, Awe tak pernah pun buat gambar testimoni sendiri.
So....ini dia...buat julung-julung kalinya..ini dia gambar testimoni awe..hehe

Nampak macam tak ada beza...

tapi...there's a BIG difference inside!!!

Sesiapa yang nak tukar lemak kepada otot...atau sesiapa yang nak tau brp kilo lemak dia, dan berapa kilo otot dia.....bolehlah sms/whatsapp awe 0127197774 :)



Tuesday, October 1, 2013

It's Our 4th Anniversary...Alhamdulillah!!!


2 Oktober 2009...di ruangan solat Masjid al-Faizin Kepong, Awe sah bergelar isteri kepada Mohd Afham Kamin. Esoknya, 3 Oktober 2009..genap usia abang 25 tahun. Alhamdulillah.



Hari ini...4 tahun kemudiannya..kami telah pun dianugerahkan tiga orang cahayamata.

Aisya Syifaa....27 Ogos 2010


Aisya...baby!

Aisya...kaklong!



Alyaa Zulfa...7 November 2011

Alyaa..baby!

Alyaa...kakngah!

Azizul Hakim...10 Mei 2013

Aziz...baby!

Aziz...baby lagi! :)

Ya Allah, ikatlah hati kami dengan iman dan kasih sayang.
Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah.
Ya Allah, limpahkanlah rahmatMu ke dalam keluarga kami.
Ya Allah, berilah kesihatan dan kebaikan buat keluarga kami.
Ya Allah, luaskanlah rezeki kami dan kurniakanlah rezeki yang halal buat kami.
Amin..amin ya Rabbal'Alamin.


Monday, September 30, 2013

Perut Dan Penyakit



Assalamualaikum semua! Hari ini awe nak bercakap tentang perut. Sebelum awe membebel lebih panjang, jom baca dulu sabda Nabi S.A.W....

"Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit
[Hadis riwayat muslim]


Nabi SAW dah bagitau kita awal-awal lagi tentang akibat berlebihan makan. Bahkan, Nabi SAW amat menitik beratkan tentang amalan pemakanan. Jika kita ambil contoh cara pemakanan Rasulullah SAW, baginda tidak memakan buah bersama susu pada masa sama. Dalam konteks hari ini, buah bercampur susu ialah koktel kerana campuran ini boleh menyebabkan gastrik. Sunnah Baginda SAW adalah yang terbaik sekali! Ni awe share senarai diet Rasulullah SAW



Awe tengok, kebiasaannya, lelaki (perempuan pun sama) akan bertambah berat badan selepas kahwin. Yelah..lagi sedap makan berdua kan? Isteri tak habis, suami tolong habiskan. Suami balik kerja lewat malam, isteri teman makan sekali. Memang lah dua-dua naik berat badan. Lepas tu, bila ada yang tegur, mereka akan bergurau mengatakan itu tanda mereka bahagia ataupun lambang kemewahan. Betul ke?
Tau tak korang, perut buncit adalah salah satu tanda-tanda awal penyakit dan berkait rapat dengan banyak masalah kesihatan yang kronik seperti sakit jantung??? Lemak yang terkumpul di dalam perut dinamakan lemak viseral dan semakin buncit perut seseorang itu makan semakin tidak sihatlah keadaan dirinya. Lemak viseral ni lagi bahaya daripada lemak yang kat bawah kulit kita ni.


Awe baru je timbang badan awe sendiri guna tanita scale. Penimbang ni boleh bagitau tahap lemak viseral dalam badan kita. Alhamdulillah, awe kat level 1..terbaik! oppsss...awe nak ingatkan, badan kurus tak semestinya tak ada lemak viseral. Awe pernah timbang orang kat booth, mamat ni slim je tapi lemak viseralnya tinggi! Dan orang yang perut buncit, confirm ada lemak viseral!


6 punca penyebab penyakit dari perut:-
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.

Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.”(Riwayat Abu Hurairah)

4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri. \






Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: “Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)

6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .

Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
Amalan yang dilakukan oleh Nabi SAW iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.”(Riwayat Abu Hurairah) 

Lemak viseral meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat:
- Penyakit Jantung
- Kencing manis
- Sindrom metabolik
- Masalah pundi kencing
- Tekanan darah tinggi
- Kanser usus
- Merangsang keradangan
- Dikaitkan dengan proses saluran darah sumbat dan mengeras ( menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung )

Jadi, kita semua kena jaga pemakanan sama ada badan kita gemuk atau kurus. Makan tu memang lah sedap...tapi bila penyakit dah datang...huhu...na'udzubillah.

Kalau korang nak tau kandungan lemak viseral dalam badan, boleh lah contact awe 0127197774 (sms/whatsapp) untuk dapatkan analisa kesihatan PERCUMA!


Wednesday, September 25, 2013

Pengantin Herbalife!!!

Zero 2 Hero(21-22 Sept)  kat Gambang Resort baru-baru ni, ade dinner dengan special theme hari Sabtu malam tu. Temanya PENGANTIN!!! Awe memang excited lah sebab baju nikah 4 tahun lepas masih muat. Walaupun pengantin lelakinya tak ada, no problem! Ada Aziz jadi pengapit setia..hehe

Ada banyak aktiviti menarik sepanjang malam tu. Ada pertandingan kisah cinta paling romantik, gambar pengantin before/after Herbalife dll. Ni awe nak tunjuk sikit gambar-gambar pasangan pengantin Herbalife dengan testimoni diorang sekali....

Pasangan pertama, Kak Rafiah dgn abg Wan Anuar. First time awe kenal Kak Rafiah ni, masa event STS Pullman awal 2012. Masa tu Awe baru habis pantang Alyaa, kak Rafiah pun baru habis pantang gak. Dia jadi speaker explain tentang produk-produk Herbalife. Awe yang duduk kat belakang sekali pun boleh nampak muka dia yang cantik and glowy kat atas pentas.

Kak Rafiah dan abg Wan Anuar menang pertandingan pengantin before/after Herbalife.
testimoni abg wan anuar
testimoni kak rafiah

Haa..yang ni pulak pasangan Elmi dan Mym. Kedua-dua mereka join weight loss challenge dgn produk Herbalife dan menang! Tengok gambar ni..cantik kan pasangan ni? 




testimoni elmi
testimoni mym

So, kesimpulannya kat sini..korang yang sudah ataupun akan berkahwin dan mempunyai pasangan yang terlebih sikit saiznya tu...jangan lah korang cari pengganti lain. Bagi solution yang lebih bagus, iaitu turun berat dan jadi lebih cantik dan sihat dengan Herbalife......boleh???

Kalau korang perlukan bantuan, awe boleh coach secara PERCUMA untuk dapat result yang diingini, insyaAllah....sms/whatsapp 0127197774 sekarang!


Zero To Hero Edisi-11

Alhamdulillah, hampir setahun aku tak join apa-apa event Herbalife...diulangi sekali lagi...APA-APA events pun takda sejak mengandungkan Aziz.....akhirnya awe berjaya ikut event yang sangat bestt..Zero To Hero!!! Kenapa event ni best sangat??? Sebab ada 3800 peserta dalam event ni. Tak percaya? Cuba tengok ni haaa...

Ramai kan??? Penuh satu dewan!

Apa yang membuatkannya lagi best ialah speaker2 yang luar biasa datang bagi sharing tentang Herbalife...the company, the business, the products, the results...very inspiring and motivating! Banyak sangat yang awe belajar walaupun duduk belakang sekali dengan baby. Yes, Baby! Awe bawa Aziz naik bas jam 2 pagi daripada UIA ke Gambang Resort semata-mata nak tambah ilmu spy jadi coach yg lebih baik, insyaAllah!

Jom tengok gambar-gambar (yang awe kumpul drpd album orang lain sebab takde kamera) sepanjang event ni...

GM Herbalife Malaysia,  Mr. Sridhar

Alhamdulilllah, semua Herbalife distributor di zero2hero kali ini dapat menyumbang sebanyak RM30,000 kepada anak-anak yatim Rumah Peyakin Neg.Sembilan


Qurratu Ain Peter, sebaya dgn awe, 26, full-time Herbalife and housewife. Income dia skrg 5 angka!

Dr. Khadijah Md Jadi, sebelum ni lebih 20 tahun sbg doktor perubatan. Skrg fulltime Herbalife.

Barisan Millionaire Team!

Newly qualified Get Team Members

'Ala kulli haal..(cehh, speaking arab plak!).....takde guna pegi training jauh-jauh dua hari tinggalkan aisya, Alyaa, dan encik suami (of course!) kalau tak diamalkan ilmu yang awe dapat. Semoga semua ilmu yang dipelajari mendapat keberkatan Allah, dan awe dapat membantu ramai org di luar sana mendapat manfaat melalui nutrisi Herbalife, insyaAllah!

Jom kerja Aziz!!!


Thursday, September 19, 2013

The Five of Us, Alhamdulillah!





Setiap hari Awe berazam dan berdoa, semoga hari esok lebih baik daripada hari ini. Kalau tak banyak pun, sikit lah. Kalau tak besar, kecik pun ok...asalkan 'lebih baik'. Alhamdulillah, dalam beberapa bulan ni ada beberapa perkara yang signifikan dalam hidup kami sekeluarga.

Pertama, kami dah berpindah ke rumah sendiri di Sg Pelong, Sg Buloh. Rumah ni tempat abang membesar dengan keluarganya. kemudian, bila abah dapat kuarters kerajaan di Putrajaya, mereka sekeluarga pindah ke sana. Kemudian abang tinggal situ dan jaga rumah di zaman bujangnya. Alhamdulillah, kami sekarang menetap di sini, tak perlu bayar satu sen pun kat mak abah. Ya Allah, murahkanlah rezeki mereka dan murahkan rezeki kami supaya satu hari nanti kami pun dapat 'hadiahkan' sebuah rumah buat anak-anak kami.

Rumah kami sedang dlm proses 'touch-up' :)

Kedua, ahli keluarga kami telah bertambah lagi seorang. Alhamdulillah, putera sulung, Azizul Hakim lahir 10 Mei yang lalu. Semalam, dia berjaya meniarap buat pertama kalinya!!!



Ketiga...disebabkan abang tak benarkan awe keluar bekerja, awe sekarang buat bisnes online jual jubah kat Facebook..Toko Jubah Arab . Ade lah duit masuk sikit-sikit daripada tak ada langsung kan. Dan, awe masih lagi menjalankan bisnes Herbalife. Sekarang ni tengah aktifkan page facebook Herbalife awe. Esok malam nak berangkat ke Gambang Resort untuk training Herbalife selama dua hari. Moga-moga ilmu yang akan dipelajari dapat awe manfaatkan sebaiknya, insyaAllah.

Ini contoh jubah yang awe jual. Cantik-cantik semua :)


Kenangan pergi training dengan adik, jian.

Wednesday, September 18, 2013

Kelahiran Putera Sulung Kami

Assalamualaikum! Fuh..lamanya tak update blog ni. Sampaikan terlupa email dan password yang awe guna untuk blog ni. Setelah cuba macam-macam cara untuk membuka blog ni, alhamdulillah, berjaya gak!

Kalau perasan, post terakhir sebelum ni ialah tentang misi awe untuk tambah berat badan. Alhamdulillah berjaya tambah 2-3 kilo. Kemudian, awe terpaksa stop dulu program gain weight ni sebab awe disahkan hamil..hehe. Jadi, tak aci la kalau ikut program gain weight waktu hamil ni. Sebabnya, waktu hamil, dah tentu lah berat badan naik. Kena lah tunggu lepas bersalin baru on program balik :)

Alhamdulillah, pejam, celik, pejam, celik, anak ketiga awe dah pun berumur 4 bulan lebih sekarang. Sihat dan montel sangat. Ni haa si bam bam Azizul Hakim....


Masa timbang untuk 3 bulan haritu, beratnya dah mencecah 7.2 kilo! Esok nak pergi timbang untuk 4 bulan pula..mesti dah cecah 8 kilo..hehe

Meh sini nak kongsi pengalaman melahirkan Aziz ni....

Aziz lahir pukul 4 pagi, 10 Mei 2013 kat Hospital Selayang. Awe takde pun mengalami contraction yang kerap selang 5 minit tu. 9 hb Mei, dari pagi sampai ke malam awe tak diam urus aisya, alyaa, dan rumah. Dari pagi tu memang ade rasa sakit sangat perut macam nak buang air besar. Setiap kali sakit, Awe masuk toilet..takde ape yang keluar (Syukur tak bersalin dalam toilet!!!). Tapi awe tak risau sangat sebab tak kerap. Jadi, sempatlah basuh baju, sidai, sapu sampah, mop, masak2.

Lepas maghrib abang balik dari kerja, sakit tu dah makin kuat sampai awe kena pegang dinding bila berdiri atau duduk daripada baring untuk tahan sakit. Air mata pun keluar sekali sambil rasa sakit yang amat. Abang tanya, nak pergi hospital ke? Awe cakap, nanti dulu, belum kerap. Berapa kali tah awe baring cuba nak tidur, lepas tu sakit, pergi toilet sebab terasa nak membuang (bahaya ooo!), baring balik cuba nak tidur, pastu bangun lagi kemas2 baju dalam beg, baring lagi.......dan lagi, dan lagi.....sampailah abang cakap, Jom pergi hospital!

Abang cepat-cepat salin baju, hidupkan enjin kereta, masukkan aisya dan alyaa yang dah tidur, angkut barang-barang yang perlu. Masa tu dah dekat pukul 2.30 pagi kot. Singgah kepong hantar anak-anak lepas tu terus ke hospital. Lebih kurang pukul 3 pagi, Awe masuk ke bilik pemeriksaan. Doktor cek bukaan...dah 7 cm!!! Fuhh, syukur tak terbersalin kat rumah..huhu. Pukul 4 awe masuk labor room....4.15 aziz keluar! Alhamdulillah...syukur, syukur..Masa tu takde doktor pulak tu..dia expect awe lagi sejam dua baru bersalin. Kebetulan ada nurse masuk waktu awe dah tak tahan sangat nak lahirkan aziz...dia sorang je yang sambut. Bila doktor masuk, terkejut dia.."Eh, dah bersalin??" Yang frustnya, abang tak sempat masuk untuk sambut putera sulung kami :(

Macam mana pun, Alhamdulillah, takde kena jahit ape-ape. Awe dimasukkan ke wad bersalin. Tak sempat nak rehat tidur, doktor benarkan untuk balik tengahari tu sebab awe dan aziz takde masalah ape-ape...semua sihat! Syukurrr sangat! :)



Tuesday, September 25, 2012

Misi Naik Berat #2

Minggu lepas masa awe mulakan misi naik berat ni, awe target untuk naik sekilo dalam seminggu. Semalam timbang, awe naik DUA KILO dalam seminggu!!! Alhamdulillah,awe berjaya walaupun kesihatan tak berapa nak mengizinkan. Selera makan yang tak menentu, selsema, batuk, sekarang ni asma pula.

Tapi kan...physique rating awe 8...bermaksud..lemak dalam badan rendah dari average tapi otot tinggi dari dan otot pada tahap average...patutla selsema je beberapa hari ni. Kurang penebat badan agaknya..hehe

So, this coming week, my target is to gain another 2 kilos but having the normal physique rating, that is 5.

Ini dia carta physique rating...


Antara yang awe amalkan sepanjang seminggu ni...
  1. WAJIB makan 3 kali sehari. Selepas tu, terus sambung dengan shake F1+F3.
  2. WAJIB minum air sekurang-kurangnya 3 liter supaya F3 (protein) dapat 'berkerja' dengan baik membina otot.
  3. Selalu pastikan perut tak rasa lapar (snacking roti/buah mangga/telur separuh masak)
  4. Cuba untuk mendapatkan tidur yang secukupnya (hmm..rasanya tak pernah ada tidur yang cukup sejak ada anak-anak ni)
Kalau kawan-kawan nak tahu physique rating korang, bolehla contact awe, kita set appointment. Awe boleh bagi wellness evaluation secara PERCUMA!

Wednesday, September 19, 2012

Post-Herbalife University: "Words Of Wisdom!"

Malam tadi Awe berpeluang dengar perkongsian ilmu rakan2 dari team Musab&Ain yang baru je balik dari Herbalife University Macau. Wah, duduk depan sekali, 'bau' Macau masih kuat, terasa aura HU masuk dalam badan ni sekali! 



Untuk post ni, awe nak list down balik points yang awe dapat, senang untuk awe study bila2. At least as a backup copy of my written notes.
  • Pray, pray pray! Work, work, work! Focus, focus, focus! Go President's Team!
  • As a coach, mesti follow pemakanan yg betul. Be a role model to ur customers & ur potential customers. Be product of the products!
  • Kita sendiri kena recruit orang, baru downline boleh recruit.---->Duplication. Duplication is important.
  • There are no problem, only challenges!
  • It's not that 'we cannot do'...but it's that 'we cannot do YET'
  • 10% fikirkan masalah, 90% fikir penyelesaian
  • The NEXT event is the BEST event!
  • Ingat balik our WHY  and DREAMS bila kita down.
  • The system is there to help u. Just fill in the numbers.
  • Experience yg byk membantu kita.
  • STS & HOM tempat memberi kita semangat dan harapan.
  • Jangan fiir kita orang paling susah dlm HL
  • It's the attitude, not the ability that brings u to success!
  • Belajar time management & money management
  • Jangan tinggal post & pre meetings
  • U can only lose what u HAVE, but u cant lose WHO u are.
  • People will follow what u do, not what u tell them to do.
  • Bila kita dpt SV baru, kena ajar 7 benda......WHY SV > use products > retails & follow ups > money management > event commitment > qualify promotions > recruit
  • Talk less, do more!!!
  • Become a tour leader, dpt tengok macam2 perangai.
  • If we have the ability to solve problems, we will succeed.
  • We have to be teachable.
  • If u focus on the problem, the problem will be bigger. If u focus on the opportunity, the opportunity will be bigger.
  • The secrest of HL......LOVE!
  • Make it simple when follow up, focus on RESULTS.
  • If u want to make a commitment, u must have a BIG why & dream.
  • Elemen penting momentum---->learn, practice, progress
  • Get out of bed, talk to new people.
  • Don't be a manager, be a doer.
  • We grow or we die.
  • Control ur emotion. Positive attracts positive.
  • Kalau impian kita kecil, usaha pun kecil. Kalau impian kita besar, usaha pun besar, sanggup redah apa jua rintangan.
  • Learn to give MORE! In HL we can present our mums with a new house.
  • We only have two choices ---> money or excuse
Ni gambar diambil dr facebook Amalina Peter

  • DMO is for our own improvement
  • Life story costs a fortune.
  • Leadership starts from attitude.
  • Don't correct people in public.
  • Do u want urself to be coached by u? Kena cermin diri sendiri.
  • Momentum dlm HL ibarat Harry Potter's train....don't stop bring & talking to new people.
  • To make a successful team --->
    • have desire to success
    • create a group who wants to success
    •  respect all different personalities
    • bring more new people. People is bigger than the system.
    • Ability to see others' ability
    • teamwork
    • positive atmosphere
    • no shortcut to success
    • have the right attitude
    • must have leadership
  • I must have the burning desire to succeed
  • Never stop learning to become ur best.
  • Production mode.
  • We need to run together.
  • Take care of ur body.
  • Every journey have unexpected difficulties. All the pain & challenges make u stonger.
  • Every level must do the basic retail & recruit.
  • If u change urself, amazing things will happen.
  • Express ur passion
  • Dream is mission. Jadikan dream kenyataan!
  • When ur WHY is strong, ur HOW is easy.
  • U decide ur own size of the piece of cake!
  • Buang ego jauh2. Kalau tak suka orang pun, at least ingat yg dia Hamba Allah, yg mungkin mulia di sisiNya.
  • Attitude -> apa yg berlaku ada hikmahnya, no complaints!
  • Bangun setiap pagi, merasa diri sbg orang yg ganjil. Lakukan perubahan!
Team uncle Allen & Aunty Asriah dr Nutricity Melawati yang qualify HU.

Tuesday, September 18, 2012

Tips dan Cara Tambah Berat Badan

Tadi awe google la "tips tambah berat badan". Lepas tu, jumpa satu blog dengan entri yang menarik untuk dimanfaatkan. Ashraf Jalil ni dia menulis ikut pengalamannya naik 5kg dalam 3 minggu...wow!

Ni awe share sikit ilmu dari dia...

Jumlah kalori yang korang perlukan setiap hari boleh dikira menggunakan formula Mifflin-St Jeor untuk mengira Resting Metabolic Rate (RMR) korang.

RMR = 9.99w + 6.25s - 4.92a + 166g - 161

  • w = berat anda dalam kilogram
  • s = tinggi anda dalam sentimeter
  • a = umur anda dalam tahun
  • g = jantina anda (1 untuk lelaki, 0 untuk perempuan)
Jumlah kalori yang anda perlukan untuk maintain berat anda sekarang ni ialah RMR x 1.15.

So, kalau nak tambah berat, kene la make sure korang consume kalori lebih daripada jumlah tersebut; at least 300-500 kalori lebih daripada jumlah tersebut. Sekali makan nasik 3 senduk besar bersama lauk ayam mungkin boleh bagi dalam 400-500 kalori. 

Aku dah cuba formula ni dan berjaya tambah berat badan sebanyak 5kg dalam masa 3 minggu. Apa yang diperlukan hanyalah "real food" dan "disiplin". Kalau korang makan 100 botol pringles setiap hari sampai muntah pun belum tentu boleh tambah berat. Sebaiknya makanlah nasik, ayam, telur dan segala jenis sumber protein dan kanji yang berkhasiat. Avoid makanan tak berkhasiat seperti jajan dan cikedis. Aku amalkan konsep "makan setiap masa" dimana kalau aku takde keje, aku makan buah-buahan, roti , soup, telur separuh masak etc. Meal berat 1 hari 3 kali kene jaga especially breakfast.

Sebelum subuh tadi awe minum aloe satu sudu besar dengan segelas air. Untuk sarapan pula, awe makan semangkuk koko crunch + susu dan dua biji half boiled egg, letak kicap + lada sulah sikit. Dan yang paling penting, minum shake secawan...2 scoop F1 cappuccino + 1 scoop F3 + 250ml soya.......kenyang sangat perut ni..alhamdulillah....

sekarang ni dok pelan2 minum air sebanyaknya.... =) 







Kalau kawan2 berminat nak mula Gain Weight Program ni, bolehla contact awe 0127197774.. =) 

Monday, September 17, 2012

Minuman 3-in-1 Memudaratkan!

Keratan akhbar ni awe dapat daripada post FB abg saudara. Kawan-kawan yang suka sangat minum air 3-in-1 ni, tolong lah tukar habit tak sihat tu kepada yang lebih sihat!


Ni awe tolong list out points nya supaya senang semua nak baca...;
  •  Mengandungi lebih tiga sudu teh gula dalam setiap pek.
  • Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
  • Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
  • Turut mengandungi kafein yang meneybabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
  • Setiap pek turut mengandungi sehingga 200 kalori.
  • Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.
  • Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.
  • Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah  dan ginseng adalah sangat rendah kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperolehi.

Ha...korang pun boleh faham points di atas tu kan? Semuanya very straightforward, boleh difahami. As a solution, you all yang very addicted to 3-in-1 drinks ni boleh try out Herbalife teamix yang mmg sangat bagus dibandingkan dengan yang korang minum sekarang...


Korang yang sangat memerlukan kafein untuk kekal bertenaga sepanjang hari atau yang nak turun berat badan, bolehlah minum ini. Sangat selamat sebab ibu mengandung dan kanak-kanak pun boleh minum! If interested, bolehla call/sms me now, 0127197774

Misi Naik Berat #1

Assalamualaikum semua! Selamat Hari Malaysia & selamat bercuti... =)

Hari ni, awe nak mulakan satu misi untuk menaikkan berat badan sendiri. Ha, betul tu! Awe nak tambah berat badan. 9 kilos to be exact! Kawan-kawan atau saudara-mara yang dah lama tak jumpa awe, at least setahun, mesti akan perasan perubahan badan awe....muka yang agak cengkung, tangan yg urat nak tersembul keluar...syukurlah awe tak pakai baju-baju fit ni, naudzubillah, kalau tak, mesti nampak lagi menyedihkan..huhu.

Waktu awe form 5 dulu, berat badan ni mencapai berat maksimum sepanjang awe hidup...58 kilo!! Tembamnya la waktu tu. Sepatutnya, pada ketinggian 157cm, berat badan awe yg ideal dalam 52 kilo je. Lebihan 6 kilo tu yang buat awe nampak macam kat bawah ni...
gambar ni diambil dalam mahallah waktu di matrik uia pj...lepasan SPM..huhu

Gemuk kan?? Waktu ni awe belum kenal Herbalife. Tapi, alhamdulillah berjaya turunkan berat ke 52 kilo hanya dengan mengelak fastfood dan air gas! Wah, kesedaran kesihatan yang tinggi waktu tu. Motivasi utama waktu itu ialah...nak mula cari calon suami..haha! Syukur abang belum kenal awe waktu ni...

Lepas awe lahirkan aisya syifaa, berat awe turun tiap bulan sampai cecah 48 kilo. Masa ni dah pakai saiz S...slim gitu! Tapi, berat makin menyusut lepas lahirkan alyaa zulfa. Tadi awe baru timbang, berat awe sekarang 43.8 kilo!!! Kurus sangattt...huhu...

Baru-baru ni ramai kenalan yang tegur kenapa awe kurus sangat? Sangat terkesan dengan teguran abg an, abg awe yg sulung....

"awe sakit ke?"

Tak lama lepas tu, makcik saba, adik abah, post pula dalam family grouppage...

"Semalam tengok gambo2 di rumah putatan..gambo aji tunang. Nampak la gambo awe ...alahai kurus sgt dah awe sekarang..kurus bebenor..pucat lak..isshhhh"

Maka dengan ini, awe isytiharkan, harini bermula misi menambah berat badan. Target pada minggu ini ialah kenaikan sebanyak 1 kilo! Kita jumpa lagi next week, insyaAllah! 

ni gambar yang paling latest, 1 syawal haritu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...